Rekaan Boot Bola Menarik Yang Dipakai Ramai Bintang Dunia Bola Rupanya Dicipta Pemuda Indonesia

Share

Namanya amat dikenali di kalangan bintang bola sepak dunia. Dari Pogba hinggalah ke David Beckham yang amat tertarik dengan design bootnya saat bintang-bintang ini beraksi atas padang. Malah peminat juga tidak hanya menyaksikan aksi pemain bola tetapi turut memperhatikan boot dipakai mereka. Selain design agak menarik, pemilihan warna yang agak menonjol juga menjadi pilihan. Meski namanya dijulang dunia dan terkenal di kalangan bintang bola sepak ternyata pemuda yang menciptanya berasal dari satu daerah kecil di Desa Delanggu, Daerah Delanggu, Kabupaten  Klaten Jawa Tengah, Indonesia.

Dipetik dari Tribunsolo.com, pereka terkenal kelahiran desa Dukuh Gabahan di Jawa Barat ini adalah Rudi Swasto di mana rekaan bootnya  banyak digunakan oleh bintang bola sepak seperti David Beckham, Paul Pogba, Mesut Ozil, Van Persie, Dani Alves hingga Zinedine Zidane.

Inilah Rudi yang rekaan kasutnya dipakai ramai bintang dunia seperti David Beckham, Paul Pogba, Mesut Ozil, Van Persie, Dani Alves hingga Zinedine Zidane.
Kedua ibu bapanya yang merupakan penjual ikan mas di sebuah pasar

Dalam satu temuramah bersama ibu bapanya yang juga penjual ikan mas di Pasar Jeblog, Kecamatan Karanganom,  ibunya Kusmiyati, 60 dan ayahnya, Sayano , 65 memaklumkan Rudi merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Bakat rekaan ini diwarisi dari bapanya yang juga peminat seni,” katanya memaklumkan anaknya sering menunjukkan hasil rekaan kepadanya.

Apa yang menarik, di sebalik kesusahan dilalui ketika kecil, pereka berbakat besar dikenali dunia ini tidak pernah mengalah dengan kehidupannya.

Sebelum menyambung kuliah di university, Rudi terlebih dahulu merupakan lulusan Sekolah Vokasional pada tahun 2008 sebelum bergelar mahasiswa di sebuah kolej di Cikarang, Jawa Barat.

“Rudi sudah merantau ke Cikarang lebih dari lima tahun selepas lulus sekolah menengah. Sebelum itu dirinya bekerja dahulu dan masa yang sama kuliah. Malah anak saya juga sering berpindah-pindah kerja dan kali terakhir di PT Parmas dahulu,” katanya lagi.

“Design kasut pertamanya ada gambar Spiderman. Kami memang tahu dia mereka kasut bola tapi syukur kerana pemakainya adalah bintang-bintang bola sepak dunia terkemuka,”katanya saat bercerita mengenai anaknya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros