Semalam, atlet berdarah campuran Malaysia – Australia, Russel Alexander Nasir Taib dinobatkan sebagai atlet pecut 200m terbaru kebangsaan apabila mencatat masa 20.77 s sewaktu meraih pingat perak di Trek Klasik Queenland di Australia sekaligus memadamkan rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Khairul Hafiz atau mendapat gelaran The Speedy Jantan dua tahun lalu.
Peminat olahraga pasti masih mengingati momen paling indah dalam hidup Khairul Hafiz apabila anak muda dari Melaka ini berjaya mencatat 20.90s sekaligus berjaya memadamkan rekod 200m 49 tahun yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M Jegathesan ketika melakukannya di Sukan Olimpik, Mexico dengan catatan masa 20.92s pada tahun 1968.
Biar pelbagai gelaran diberi kepadanya termasuk The Flying Youth, namun Khairul Hafiz kekal menggunakan gelaran The Speedy Jantan dan terus mencatat pelbagai kemenangan.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mengesahkan rekod tersebut sambil mendedahkan Russel Alexander bakal menerima insentif RM1,000 kerana mencipta rekod baharu kebangsaan. Sebelum ini Russel pernah mencuba tetapi tidak berjaya termasuk pernah melakukan catatan 20.94 s sebelum memecahkannya semalam.
Siapa Russel?
Dalam fb rasminya atas nama Russel Alexander Nasir Taib, atlet pecut ini mencatatkan pada usianya 3 tahun, dia dan keluarganya berpindah ke Hobart, Tasmania. Sejak kecil minatnya terarah dalam bidang sukan termasuk bermain bola sepak, ragbi dan sukan lain.
Pada usianya 12 tahun, dia menyedari minatnya dalam olahraga khususnya acara pecut. Selepas memenangi gelaran Australian Junior Nasional U14 bagi acara 100 meter pecut, Russel akui dia berpotensi pergi jauh dalam bidang sukan dan berusaha keras demi mencapai impian tersebut dengan usaha dan kerja keras.
Pernah menang 8 kali emas bagi acara 100 m, 200 m, 400 m termasuk 4×100 m berpasukan pada tahun 2015 antara kejayaan dicatatnya ketika remaja.
Jelas Russel, dia pernah mencatatkan masa 45.57 ketika menyertai kejohanan The Australian Junior National Championships bagi kategori 400m dan memandangkan dia bukan warganegara Australia, Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim menawarkannya mewakili Malaysia.
Tq Datuk kerana nampak potensi Russel.
Sebagai atlet pelari pecut, ada masa turun dan naiknya namun katanya dia bersemangat untuk lebih berjaya di masa depan.
Terinspirasi dari kejayaan atlet lain seperti Usain Bold, Micheal Jordon, Mohamed Ali dan sebagainya, bagi Russel kesemua atlet ini berusaha keras untuk jadi terbaik seperti hari ini.
Matlamat utama Russel adalah ke Sukan Olimpik! Yeah! Go Malaysia.
Russel percaya, impian itu boleh menjadi kenyataan jika adanya sokongan, kerja keras serta minda yang disetkan adalah cara untuknya mencapai impian tersebut.