Salute! Ternyata remaja Islam ini cukup membanggakan. Dalam usia yang cukup muda, 13 tahun, dirinya diiktiraf sebagai “Manusia Akal Tercerdas” selepas memenangi pertandingan berskala dunia dalam Pertandingan Mental Aritmetika (IMA) Dunia.

Dalam pertandingan yang diadakan di ibu kota, Abdulrahman yang berasal dari Mesir berjaya mengalahkan 300 peserta lain yang datangnya dari 70 buah negara.

Semasa pertandingan tersebut, remaja  lelaki berusia 13 tahun ini berjaya menyelesaikan 230 masalah aritmetik yang susah dan setiap dia mampu menyelesaikannya dalam tempoh sangat singkat iaitu 8 minit. Wow, memang hebatkan.

Remaja 13 Tahun Diiktiraf Sebagai “Manusia Akal Tercerdas”, Kalahkan 3000 Peserta  Dari 70 Negara
Pertandingan Mental Aritmetika (IMA) Dunia – gambar hiasan

Untuk makluman,  Mental Arimetrika ini adalah satu  latihan  untuk  mengembangkan potensi otak kanan. Mengikut buku New York Times dan Business Week Best Seller yang bertajuk Why Brainers Will Rule The Future, mana-mana mereka yang berjaya  menggarap potensi otak kanan akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Ads

Seperti yang dilaporkan oleh Independant.co.uk, Abdulrahman Hussein berkata, kejayaannya dalam persaingan yang berprestij itu tidak boleh dipisahkan daripada sokongan dan bimbingan guru dan keluarga. Sebelum bersaing, Hussein telah berlatih kemampuan mentalnya selama lima tahun di bawah bimbingan guru, salah satunya Batul Mohammed Montasser.

Remaja 13 Tahun Diiktiraf Sebagai “Manusia Akal Tercerdas”, Kalahkan 3000 Peserta  Dari 70 Negara
Kanak-kanak yang mengikuti IMA akan menggunakan otak kanan dan tak hairanlah mereka jadi lebih pintar – pix hiasan

Dia telah menjalani latihan program pembangunan keupayaan mental aritmetik  sejak 2015 malah sering mengikuti  beberapa pertandingan lain sebagai sebahagian daripada amalan ini.

Ads

“Hossain dilatih untuk menguatkan ingatan dan keupayaan pemerhatiannya melalui kekuatan fikiran dan brainstorming untuk menyelesaikan masalah matematik yang agak rumit.,” kata Montasser seperti yang dipetik oleh Al Arabiya.

Ads

Menurut laman web  Kumpulan Pendidikan Pintar, Program IMA membolehkan kanak-kanak untuk membangunkan otak kanan dan kiri dengan menggunakan kaedah pengajaran Kedua- Abacus Mental-Arithmetic. Melalui program pembelajaran ini, kanak-kanak  mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keyakinan mereka semasa peperiksaan atau semasa pertandingan.

Mereka akan menjadi kanak-kanak yang bermotivasi, akan menyukai pelajaran dan akan lebih memberi tumpuan pada pelajaran.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI