Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
JANGAN LUPA PENCARIAN HERO REMAJA YANG BERMULA SABTU INI, Datang jangan tak datang