Remaja 14 Tahun Tikam Ibu Sedang Tidur, Bahaya Pesakit Skizofrenia Berhalusinasi

Share

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam ibunya dengan menggunakan pisau ketika sedang tidur.

Foto Via Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN : Gejala Menari ‘Non Stop’ Hingga Maut, Wabak Pelik Saint Virus Pernah Landa Dunia

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian di Pasir Puteh itu remaja tersebut dipercayai mengalami halusinasi. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menahan reman remaja berusia 14 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Ikut kenyataan, suspek dikatakan berada dalam satu suasana pemikiran tidak normal, halusinasi tapi itu perlu dibuktikan, kenyataan sahaja tak boleh dipakai.

“Kita akan hantar ke hospital, rujuk pakar psikologi. Siasatan bermula semalam untuk melihat karakter pelaku ini di luar dan sekolah macam mana, ini akan diambil kira semasa kita rujuk kepada pakar psikologi nanti.

“Kita juga menjalankan ujian saringan dan keputusannya adalah negatif,” katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian jam 11.45 malam kelmarin, seorang wanita berusia 41 tahun parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, Pasir Puteh, dekat sini.

Mangsa ditikam di dada dan kejadian itu mengakibatkan paru-parunya bocor serta kehilangan banyak darah dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Malah, Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).

Jadi kenapa terjadi gangguan berhalusinasi ini, dan apakah penyakit Skizofrenia?

Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.

Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).

Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.

Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.

Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.

Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.

Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.

Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:

1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.

Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:

  • Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
  • Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
  • Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.

Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.

Hmm, makin kerap pula kejadian berhalusinasi ini berlaku dalam masyarakat kita sekarang!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber:  Harian Metro ,Mufti WP, My Health

Published by
Nana