Hari ini umpama hari yang amat mengejutkan buat remaja Malaysia.
Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun telah mendapat liputan utama di kebanyakan dada media negara apabila bapanya yang berusia 36 tahun berdepan dengan 626 pertuduhan liwat di Mahkamah Seksyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Lebih menduka citakan, kesemua jenayah liwat, rogol dan ugutan seksual tersebut diperlakukan oleh bapa terhadap remaja itu sendiri.
Bapa tersebut didakwa melakukan perbuatan tidak siuman itu tiga kali sehari pada waktu pagi (sekitar jam 6 hingga 7 pagi), petang (sekitar jam 1 hingga 2 petang) dan malam (sekitar jam 11 hingga 12 tengah malam).
Terlalu banyak tuduhan jenayah yang disabitkan ke atas bapa tersebut sehinggakan hakim memerlukan dua hari untuk membaca kesemuanya 626 pertuduhan. 182 pertuduhan dibaca semalam manakala sebanyak 444 pertuduhan dibaca pada hari ini.
Tiada siapa yang berada di perkarangan kamar mahkamah siang tadi sanggup untuk mendengar satu-persatu pertuduhan yang dilontarkan kepada seorang bapa berusia 36 tahun.
Kebanyakan daripada petugas media yang berada di situ sebenarnya sudah biasa melaporkan kes rogol, liwat dan jenayah seksual sebelum ini. Namun, kes ini mengatasi kotak pemikiran mereka apabila bapa tersebut sanggup melakukan kesemua tuduhan tersebut berkali-kali dalam tempoh sehari!
Pertuduhan dibaca satu persatu dari pagi hingga ke petang. Setakat jam 9.45 pagi tadi saja, sebanyak 120 pertuduhan telah dibaca. Apabila tiba jam 11.30 pagi pula, kertas pertuduhan telah melangkah ke angka 168 pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, S. Umma kepada tertuduh.
Tertuduh juga dilaporkan tidak menghentikan jenayahnya itu semasa bulan Ramadan yang lalu.
MasyaAllah.
Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.
Bapa tersebut dilihat tidak langsung menghiraukan keadaan dan pertalian antara dirinya dan remaja berusia 15 tahun itu apabila dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah dagingnya sendiri beratus-ratus kali.
Kes tersebut yang mula mendapat perhatian netizen sejak semalam merupakan kes yang amat dasyat dan tidak berperi kemanusiaan hingga mencetuskan kemarahan semua orang.
Antara komen yang diberikan di laman Twitter termasuklah:
“Wehhhh berita apa doh aku tengok malam ni? This world is sick. Totally sick AF.” (capslocked) – @rismahrudy
“Gila dia liwat anak dia macam gosok gigi…Jijik betoi la makhlok jenis ni.” – @tifaaaaa_
“Tak sanggup nk dengar..mcm mna anak kandung dia tu nk terus kn hidup .. 7 bulan beb .. 3 kali sehari” – @hairulsyafiq
Kes akan disebut semula pada 18 September ini sementara menuggu laporan kimia dan laporan kesihatan remaja perempuan malang terbabit.