
Bencana banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai penduduk setempat tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.

Dipercayai lemas dalam banjir
Menerusi laporan Harian Metro dan perkongsian facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, seorang remaja dikenali sebagai Mohammad Zamarulhisyam Shaari telah dikejarkan ke Hospital Jerantut tidak lama selepas kejadian selepas mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Kuala Tembeling.
Difahamkan, remaja berusia 15 tahun ini disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Lipis jam 3.30 petang tadi, selepas lemas ketika mandi air banjir semalam.

“Ketika mandi, tiba-tiba mangsa dilihat berada di lokasi air yang agak dalam sebelum lemas. Rakan mangsa kemudiannya berusaha menyelamatkannya namun gagal,” katanya.
Menurut beliau, saksi kejadian, Abdul Rais Abdullah, 25, bergegas membantu mangsa dengan menolaknya ke tepi sebelum meminta mangsa berpaut pada tiang elektrik.
“Abdul Rais kemudiannya mendapatkan pelampung diambil dari rumahnya dan terus menolak mangsa ke bahagian yang lebih tinggi sebelum diberikan rawatan Pemulihan Pernafasan dan Jantung (CPR).
Tindakan semasa banjir

Hujan lebat yang melanda negeri Pahang beberapa hari ini telah mengakibatkan banjir di kawasan Temerloh, Maran , Lipis , Raub , Jerantut , Kuantan , Pekan ,Bera ,Rompin dan beberapa jajahan lagi.
Al-fatihah diucapkan buat adik Mohammad Zamarulhisyam Shaari dan peringatan buat remaja diluar sana agar tidak bermain air banjir demi keselamatan diri.
Sumber : hmetro
3 Situasi Kecoh Yang Pernah Berlaku Semasa ‘Sales’ Di Malaysia

Kecoh seketika keadaan di butik Victoria’s Secret yang terletak di kompleks membeli-belah IMAGO, Kota Kinabalu Sabah lewat petang tadi.
Semuanya gara-gara tawaran diskaun yang diadakan di kesemua cawangan jenama tersebut seluruh negara. Penulis memerhatikan kepada keadaan di cawangan lain seperti di Sunway Pyramid, Pavilion dan The Curve. Hhm, semua nampak stabil dan terkawal. Pengunjung masih berkelakuan hemah dan menghormati pelanggan lain.
Jadi, apa yang membuatkan situasi butik di IMAGO tersebut menjadi kecoh?
Kata pelanggan, Victoria Secret telah menawarkan harga produk haruman body mist dan losyen pada harga RM29 saja berbanding harga asal RM79. Ada juga produk lain yang dijual pada harga lebih murah, namun tidak sehangat sambutan terhadap dua produk tersebut.
Gila tak nak, diskaun lebih 60 peratus tu! Tapi, seharusnya pelanggan tak perlulah nak ‘menggila’ juga sehinggakan promoter melaporkan salah satu pintu kaca di butik tersebut tercabut akibat tolakan dan asakan kuat dari luar kedai.
Tak percaya? Cuba KLIK KANAN pada posting bawah.
Hhm, Malaysians, Malaysians. Malulah kalau orang tengok, macam kemaruk diskaun sangat kita ni.
Situasi kecoh seperti ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya di Malaysia. Jom lihat semula 4 lagi momen apabila situasi seakan sama berlaku di stor berlainan.
* * * * *
Switch, MyTown Cheras
Stor Switch tidak menyangka sambutan terhadap jualan murah mereka mendapat sambutan yang teramat memberansangkan, sehingga pelanggan sanggup beratur seawal tengah malam lagi di luar bangunan untuk mendapatkan model iPhone, MacBook dan aksesori iPhone murah.
* * * * *
adidas Originals KLCC
Keadaan butik adidas di KLCC juga berdepan keadaan yang sama apabila netizen sanggup beratur dan berkhemah hanya untuk mendapatkan koleksi sneakers edisi terhad berharga RM1150. Keadaan bertambah tegang apabila seorang lelaki bertumbuk dengan pelanggan lain kerana kes potong barisan.
Rumah Che Ta Pula Diserbu, Didakwa Tak Bayar Hutang MARA Hampir RM1 Juta

Rumah pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta didakwa telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Terima Kasih, Sayang Mommy” -Elaun ‘Makeup’ Anak Dara Che Ta RM250 Seminggu
Memetik laporan Sinar Harian, serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Raya (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.
Kata peguam Mara yang enggan dikenali, pihak Mara akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.
Sebelum ini, banglo milik selebriti ini yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya siap sepenuhnya selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
BACA: Berang Anak Dihina & Pakaian Disamakan Seperti Pelacur, Che Ta Buat Laporan Polis
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mak Meninggal, 16 Ahli Keluarga Positif! Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Pengalaman Beri Kesedaran

Sehingga semalam statistic dunia menunjukkan mereka yang dijangkiti COVID-19 mencecah 56 juta orang dengan lebih 1.3 juta orang diberitakan meninggal dunia di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, bilangan mereka dijangkiti adalah seramai 56,680 dengan jumlah kematian dicatatkan adalah sebanyak 326 orang.
Namun satu perkongsian dari seorang gadis di fb miliknya, Myra Jijie yang berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit COVID-19 dan bertarung 20 hari di hospital termasuk di masukkan ke ICU dari Kluster Permatang memberikan kita kesedaran, penyakit ini bukan teori konspirasi atau peralihan ke New World Order sebagaimana tersebar di media sosial sebaliknya adalah satu penyakit yang boleh membawa maut jika ia dijangkiti.
Bacalah perkongsiannya. Semoga memberi kesedaran buat kita semua.
Boleh share sy izinkan utk create awareness
Covid fighter 1 family
16 org positif
1 meninggal (mak)
Kluster permatang
Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid, Mira dah janji dengan semua nak cerita semuakan. Ya Mira tepati hari ni. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan mira kacau bilau. Mira cuba..
22/10/2020
Mak masuk icu Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata
23/10/2020
Katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test, result negatif.
24/10/2020
Mak dah pindah wad biasa, Boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat, uka mak bengkak habis
26/10/2020
Besday mak, Aku sambut beli bouquet. Beli rantai emas kat mak, Sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas. Sdih sangat mak tak sempat pun pakai. Malam.tu mak nak fries McD. Mak makan sikit saja. Mak kata teringin tapi mak makan 2 3 fries saja.
27/10/2020
Mak masuk icu balik sebab pernafasan mak tak ok. Mak kat ICU tapi mak nak mee sotong pulak. Abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali.kami anak-anak kena jumpa doktor mak. Sakit mak kami terpaksa rahsiakan P&C.
29/10/2020
Mak dah intubate,atas keizinan kami semua. Sempat aku cium mak sebelum intubate. Minta ampun dengan mak..belai-belai mak. Rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak. Cium.makk.
30/10/2020
Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal, Dotkor minta kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020
Abang aku pagi-pagi dah call, bagitahu mak positif Covid untuk swab test ke- 2. Hanya Allah saja tahu perasaan aku. Meraung nangis2,aku taw dengan keadaan mak yang kritikal. Harapan mak nak baik sangat-sangat tipis. Mak kena transfer ke ICU Hospital Pulau Pinang. Maka tercetus la Kluster Permatang dari mak aku. Sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana. Soalan ini tak mampu aku jawap sebab COVID kita tak nampak. Kalau nampak senang aku bagitahu dari siapa.
Kak ipar aku orang pertama buat swab memandangkan dia memang kerja hospital. Jadi dia paling pantas swb sebab memang dia tengah kerja time tu. Kami pula kena swab 2/11. Kak ipar dapat result hari yang sama jugak sebab contack rapat. Jadi positif dan ambulan pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus. Kesian dia. Dia pun tak tahu apa-apa. Kami pun tak tahu dari siapa kami dapat. Covid ini merata ada dalam komuniti kita sekarang. Asbab mak aku positif, semua buat cerita bukan-bukan. Tak apa lah, kami redha. Ini ujian buat kami.
1/11/2020
Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test..
Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..
2/11
1 family aku ke KK Kulim untuk swab test. Simptom aku pling teruk. Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
3/11/2020-5/11/2020
Suhu aku 39. Oksigen aku tak cantik. Kena tambah darah sebab hemoglobin jadi 7. Kena pakai gas. Malam tu jugak aku kena transfer ICU HSB baru. Oksogen aku drop teruk. Malam tu juga doktor buat penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor suami aku untuk inform semua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan.
6/11/2020
Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif
8/11/2020
9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid,tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah.
Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 xok.bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.
16/11/2020
Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power
21/11/2020
Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..
Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif
Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni.
Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c.
Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana,Allah maha mengetahui,stop spreading false news,stop la fitnah pesakit2 covid,selagi kta x kena,kta xrasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Tlg pakai mask,cuci tgn dgn kerap,kekalkan jarak 1 meter,dan jaga sop…
Skian karangan dari pesakit covid
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli,mndikan aku,urut aku,sikat rmbut aku,ikat rmbut aku..ya Allah baik sgt depa,kalah hosp swasta taw
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni..
Al-fatihah mak rogayah bt md desa
Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak
Rindu yang tak terucap…