Bencana banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai penduduk setempat tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
Dipercayai lemas dalam banjir
Menerusi laporan Harian Metro dan perkongsian facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, seorang remaja dikenali sebagai Mohammad Zamarulhisyam Shaari telah dikejarkan ke Hospital Jerantut tidak lama selepas kejadian selepas mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Kuala Tembeling.
Difahamkan, remaja berusia 15 tahun ini disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Lipis jam 3.30 petang tadi, selepas lemas ketika mandi air banjir semalam.
“Ketika mandi, tiba-tiba mangsa dilihat berada di lokasi air yang agak dalam sebelum lemas. Rakan mangsa kemudiannya berusaha menyelamatkannya namun gagal,” katanya.
Menurut beliau, saksi kejadian, Abdul Rais Abdullah, 25, bergegas membantu mangsa dengan menolaknya ke tepi sebelum meminta mangsa berpaut pada tiang elektrik.
“Abdul Rais kemudiannya mendapatkan pelampung diambil dari rumahnya dan terus menolak mangsa ke bahagian yang lebih tinggi sebelum diberikan rawatan Pemulihan Pernafasan dan Jantung (CPR).
Tindakan semasa banjir
Hujan lebat yang melanda negeri Pahang beberapa hari ini telah mengakibatkan banjir di kawasan Temerloh, Maran , Lipis , Raub , Jerantut , Kuantan , Pekan ,Bera ,Rompin dan beberapa jajahan lagi.
Al-fatihah diucapkan buat adik Mohammad Zamarulhisyam Shaari dan peringatan buat remaja diluar sana agar tidak bermain air banjir demi keselamatan diri.
Sumber : hmetro