Kemenangan akhirnya berpihak kepada dua orang individu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan semalam telah menolak permohonan kerajaan untuk kebenaan meneruskan rayuannya bagi menghalang dua individu terbabit daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Mereka terdiri daripada seorang pemuda dari Sabah berusia 27 yang dikenali sebagai Wong Kueng Hui dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Perak.
Dalam kes remaja perempuan berkenaan yang diwakili oleh peguam Annou Xavier; dia dilahirkan di Sungai Siput, Perak kepada bapa warganegara Malaysia dan ibu yang berasal dari Filipina. Permohonan remaja itu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia sebelum ini ditolak selepas dia dianggap tidak sah taraf memandangkan perkahwinan ibu bapanya hanya didaftarkan selepas kelahirannya.
Bapanya kemudian memperolehi pengisytiharan kesahihan daripada Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 dan remaja tersebut diisytiharkan sebagai anak sah taraf kepadanya dan isterinya.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia meneruskan rayuan kes.
Kejayaan akhirnya berpihak kepada remaja perempuan tersebut setelah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan berpihak kepadanya dalam permohonan pengisytiharan sebagai warganegara Malaysia dan menerima MyKad.
Ads
*
Sementara itu, dalam kes Wong Kueng Hui yang diwakili peguam Haijan Omar pula, dia dilahirkan di Hospital Keningau, Sabah pada tahun 1995 di mana bapanya merupakan rakyat negeri Sarawak manakala ibunya pula berasal dari Indonesia.
Bapa Kueng Hui meninggal dunia sewaktu dia berusia 10 tahun. Tujuh tahun kemudian, giliran ibunya pula menghembuskan nafas terakhir.
Kueng Hui katanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ibunya sebagai seorang warganegara Indonesia asing walaupun dia cuba mendapatkan maklumat terbabit dari kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di kedutaan Filipina juga, tiada rekod menyatakan ibunya mempunyai kerakyatan negara itu.
Ads
Lalu pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan Kueng Hui tidak mempunyai kewarganegaraan dan memberi arahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan MyKad kepadanya. Keputusan ini mendorong Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia menfailkan kebenaran untuk rayuan.
Permohonan itu bagaimanapun didapati tidak memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh itu, panel hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Abang iskandar Abang Hashim bersama-sama hakim Mahkamah Persekutuan bersidang dan memutuskan peluang untuk permohonan berkenaan berjaya adalah sukar berdasarkan merit sekiranya kebenaran diberikan.
Oleh itu, Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kerajaan untuk kebenaran meneruskan rayuannya bagi menghalang Kueng Hui daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Ads
Terdahulu, ramai individu tampil di platform media sosial bagi berkongsi kisah kesukaran untuk memperolehi kerakyatan Malaysia walaupun mereka atau anak mereka dilahirkan di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.
Namun, tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang bapa berusia 38 tahun dikenali sebagai Mogan mendakwa anak perempuannya telah didenda untuk melutut ketika sesi perhimpunan kerana memakai kasut sekolah tanpa tali.
Menurut laporan Free Malaysia Today , peristiwa tersebut menyebabkan pelajar berusia 13 tahun itu mengalami trauma akibat hukuman yang dianggap tidak masuk akal itu. Malah, bapanya memberitahu anaknya menangis selepas pulang dari sekolah dan menghantar rakaman suara menceritakan pengalaman pahit itu kepada ibunya.
Tali suci dipotong dan ‘pottu’ ditanggalkan
Katanya lagi, anaknya juga mendakwa tali suci penganut Hindu berwarna merah yang dipakai telah dipotong pada pergelangan tangan manakala titik hitam (pottu) pada dahi pula diminta untuk ditanggalkan.
Mogan menceritakan perkara itu dalam satu sidang media di Butterworth, Pulau Pinang yang turut disertai oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng. Berikutan itu, Mogan telah menggesa Kementerian Pendidikan untuk menggantung guru berkenaan dan membuat laporan polis.
Tak Nampak Kelibat Pelajar Didenda Ketika Perhimpunan
Rentetan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Radzi Ahmad memaklumkan keterangan awal dari saksi bahawa mereka mendakwa tidak melihat kelibat pelajar Tingkatan Satu itu didenda melutut dalam perhimpunan.
Menurut keterangan dari beberapa pelajar serta guru berbangsa Melayu dan India di sekolah itu, mereka masih melihat tali merah berkenaan pada pergelangan tangannya dan tanda di dahi sehingga tamat waktu persekolahan.
Hasil siasatan awal juga mendapati pelajar itu baru sahaja ditukarkan ke sekolah berkenaan sebulan lalu. Pihak polis juga mengesahkan menerima satu laporan polis yang dibuat oleh guru terbabit bagi menafikan segala dakwaan yang dilaporkan oleh bapa pelajar itu.
Hmm…moga hal ini diselesaikan dengan baik malah pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat Kamen Rider, sudah tentu mereka mengenali pelakon Akira Kubodera yang juga pernah membintangi siri Pretty Guardian Sailor Moon sekitar tahun 2003 dahulu.
Pelakon lelaki itu telah disahkan meninggal dunia di apartmentnya dan dipercayai akibat membunuh diri. Akira ditemui koma di kediamannya di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.
Siasatan polis mengesahkan pelakon berusia 43 tahun itu mati akibat bunuh diri. Kematiannya ini disahkan oleh agensi pelakon itu dalam sebuah kenyataan media pada Sabtu lepas.
Menurut kenyataan itu, kematian mengejut ini membuatkan rakan serta ahli keluarganya tidak dapat menerima kenyataan. Mereka masih ingin mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media untuk tidak menganggu ahli keluarga.
Akira Kubodera dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo. Selebriti ini ditemui oleh ejen pencarian bakal ketika dia masih belajar. Mula menjadi model pada tahun 1995 dan pada tahun 1999 dia sudah memualakan kariernya sebagai pelakon, sebelum beralih ke siri TV pada tahun 2003.
Kubodera paling dikenali dengan watak Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon, sebuah adaptasi televisyen daripada siri manga Sailor Moon.
Walau bagaimanapun, berita kematiannya ini dijadikan bahan netizen di media sosial.
Walaupun hanya mahu bergurau, rasanya tidak sesuai jika berita kematian dijadikan bahan lawak. Kita tidak tahu situasi apa yang dialami oleh si mati. Hormati keluarga mangsa.
Seorang pemain pasukan bola tampar Serbia baru-baru ini telah digantung selama 2 permainan setelah dia didakwa berkelakukan rasis sewaktu perlawanan menentang pasukan Thailand di Itali pada 1 Jun lalu.
Amat malang bagi pemain bernama Sanja Djurdjevic apabila perlakuannya itu dirakam dalam paparan kamera. Dengan menggunakan jarinya, Sanja didapati menarik matanya agar ia kelihatan ‘sepet’ sewaktu perlawanan berlangsung. Perbuatan tersebut nyata telah mencetuskan amarah dalam kalangan peminat sukan.
Sanja sejak itu telahpun memohon maaf bersama-sama Persatuan Bola Tampar Serbia yang – BTW – beranggapan ia hanyalah salah faham kerana Sanja tiada niat untuk mencetuskan polemik perkauman di atas gelanggang,
Bagaimanapun, itu tidak bermakna pemain itu terlepas daripada hukuman daripada Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)
Persatuan itu telah dikenakan kompaun melebihi USD22,000 dan wang tersebut akan didermakan kepada program yang dikhaskan untuk mengajar mengenai sesitiviti budaya dalam sukan bola tampar di peringkat antarabangsa.
Selain tu, Sajan juga digantung daripada dua perlawanan akan datang di mana Serbia akan menentang Belgium dan Kanada.
Ulas Persatuan Bola Tampar Serbia menerusi akaun rasmi Facebook, mereka berkata, “Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pasukan Thailand, kepada rakyat Thai dan kepada semua yang terkesan dengannya.
“Kami meminta anda untuk tidak memperbesarkan isu ini melebihi sekarang. Sanja sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia terus meminta maaf kepada keseluruhan pasukan Thailand. Dia tidak bermaksud untuk berkelakuan biadap.” Malah menerusi muat naik pada 2 Jun itu, Sanja dan pasukan bola tampar Thai juga dilihat sudah bermaafan dan tidak menyimpan dendam.
Insiden tersebut telah mendapat perhatian ramai memandangkan kempen ‘Stop Asian Hate’ masih hangat diperkatakan di seluruh dunia.
Terdahulu, dunia sukan bola tampar telah dilanda satu lagi kontroversi membabitkan pasangan kembar yang juga merupakan atlet kebangsaan pasukan Korea Selatan disebabkan oleh dakwaan kononnya mereka pernah bergelar pembuli semasa di sekolah menengah.
Kejadian buli melibatkan beberapa pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) dan juga di institusi pendidikan bukan satu omong kosong, tetapi nyata berlaku sehingga membahayakan nyawa...