Remaja 16 Tahun Tumpaskan Juara Catur Dunia, Magnus Carlsen!

Share

 

Wow, memang membanggakan!

Kisah remaja ini serta-merta mengingatkan penulis kepada siri original Netflix, The Queen’s Gambit yang pernah tular sebelum ini sehingga berjaya membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai sukan catur.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Elizabeth Harmon’ Malaysia! Gadis 17 Tahun Bersaing Di Pertandingan Catur Czech Republic

Kini, barulah ramai sedar mengenai strategi yang perlu diatur pemain; malah kita mula kagum betapa menariknya pemain menggunakan kebijaksanaan mencipta strategi.

Januari lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pembabitan seorang gadis Malaysia bernama Nur Batrisyia Wafa Binti Mohsen yang terbang ke Czech Republic bagi menyertai kejohanan Czech Open International Chess & Games Festival.

Terbaru, seorang lagi remaja telah mencuri tumpuan dunia. Biarpun dia tidak berasal dari Malaysia, Rameshbabu Praggnanandhaa yang merupakan anak kelahiran Chennai, India telah mengejutkan orang ramai setelah berjaya menewaskan juara catur dunia, Magnus Carlsen dalam kejohanan Meltwater Champions Chess Tour 2022.

Rameshbabu, 16 atau lebih mesra dengan panggilan Pragg ini telah berentap secara atas talian sekaligus mengenepikan 19 pemain elit lain demi memegang takhta sebagai juara. Bukan biasa-biasa dia ini.

Rameshbabu Praggnanandhaa aka Pragg
Magnus Carlsen

Pragg meluahkan rasa gembira setelah memperbaiki mutu permainan pada hari pertama kejuaraan. Menariknya, dia kini merupakan pemain termuda yang telah menumpaskan Carlsen sejak pemain itu menjadi juara dunia pada tahun 2013.

Di pihak Carlsen pula, dia merasakan perlawanan kali ini merupakan satu lagi permainan yang mengecewakan kerana beliau banyak melakukan kesilapan. Pemain dari Norway berusia 31 tahun itu menganggap konsentrasinya sedikit terganggu kerana gejala kesan daripada COVID-19 selepas diuji positif sebelum kejuaraan berlangsung.

Sedikit info mengenai Pragg, dia telah mula bermain secara profesional sejak berusia 10 tahun. Sebagai pemain catur antarabangsa termuda dalam sejarah, Pragg pernah bergelar juara dunia sebanyak lima kali.

Ingat guys, usia bukan kayu pengukur untuk kita menonjolkan bakat yang ada.

BACA LAGI : Salah Fakta, Pakar Catur Dunia Saman Siri The Queen’s Gambit

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber : CNN

Published by
Nana