
Hanya disebabkan oleh nafsu yang tidak tentu arah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah disabitkan di bawah akta Kanak-Kanak dan Orang Muda di Singapura.
Remaja terbabit yang tidak didedahkan identitinya itu mengaku bersalah di atas dakwaan merakam video lelaki bertelanjang di kawasan tandas awam di Singapura dan menyebarkannya sebagai klip lucah.
Dia telah ditangkap semasa melakukan kesalahan tersebut pada Oktober 2019 ketika masih berusia 15 tahun.
Pada hari kejadian, seorang kanak-kanak lelaki dan ayahnya telah berkunjung ke tandas di Kompleks Sukan Sengkang untuk menukar pakaian selepas latihan berenang. Anaknya itu telah berjaya menangkap perbuatan remaja tertuduh dan ayah mangsa tersebut mendapatkan staf kompleks sukan terbabit untuk memanggil pihak polis.
Sumber Foto: Spring Tomorrow
Sengkang Sports Complex di Singapura. Sumber Foto : MyActiveSingapore
Selepas mereka tiba di tempat kejadian, siasatan mendapati remaja itu mempunyai sejumlah 58 klip lucah. Antara klip tersebut menunjukkan mereka lelaki tidak berbaju di bilik menyalin pakaian di Kompleks Sukan Sengkang.
Lapor The Straits Times, dia telah mengaku bersalah terhadap 10 dakwaan (bersamaan 10 klip lucah) yang dijatuhkan ke atasnya. Sementara itu, 48 lagi dakwaan lain sedang dipertimbangkan. Timbalan Pendakwa Raya memohon agar mahkamah menyiapkan laporan percubaan (probation) buat tertuduh memandangkan dia masih muda.
Bagaimanapun, remaja masih perlu menunggu tarikh 27 April untuk menanti keputusan.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan tentang perbuatan pelik demi memuaskan nafsu peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki ‘Kantoi’ Curi Kasut Dan Selipar Jiran Untuk Puaskan Nafsu, Eh Peliknya! – REMAJA
Sumber : (1)
Lelaki Kongsi Abang Positif COVID-19! Tiada Simptom Demam & Batuk, Tahu-Tahu Terus Kena

Tentu ada sebahagian dari kita bertanya, apa simptom sebelum disahkan positif COVID-19. Pelik tapi nyata, tapi perkongsian seorang rakyat Malaysia yang prihatin di mana abangnya disahkan positif COVID-19 pasti membuatkan kita lebih berhati-hati agar tidak keluar rumah sesuka hati semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Bacalah perkongsian Muhammad Hassan di fbnya, agar kita terhindar dari wabak ini.
Ada yang tanya apa simptom abang saya sebelum di sahkan Postitif Covid-19.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam teruk. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Oleh kerana demam terus dibawa ke hospital. Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia dah jumpa orang,duduk dengan keluarga. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuanranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Sekarang pun tempat hospital abang saya dikuaranti juga penuh dengan pesakit yang suspected.
Sekarang apa perlu kita semua lakukan?
- Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
- Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
- Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singkit,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
- Tinggikatkan imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
- Makanan yang patut korang amalkan.
- a) Makan madu awal pagi.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
- c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
- e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
- f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan.
- g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
- Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
- Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud subuh.
Moga bermanfaat.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#BertenangJanganPanik
#AllahAda
“MILO TAK SALAH ”, Doktor ENT Beri Penerangan Tepat Mengenai Masalah Sinus Yang Tular

Semalam viral di media sosial apabila seorang pengguna mendakwa sinusnya menjadi kronik apabila dia yang merupakan penggemar Milo dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa air tersebut antara punca sinusnya merebak.
Jika sebelum ini minuman malt coklat ini pernah tular kerana dikatakan mengandungi 30 peratus gula dan tidak baik untuk kesihatan, kali ini minuman kegemaran ini sekali lagi menjadi “popular” dalam erti kata menjadi viral kerana tiada siapa menyangka bahawa Milo adalah punca sinus menjadi lebih kronik.
Dapatkan promosi milo di sini. Gunakan kod promo ini untuk harga istimewa.
Yalah, dari kecil dah bergelen-gelen masuk perut terutama Milo ais yang sedap, sudah tentu isu ini mendapat perhatian masyarakat yang mungkin terkeliru dengan kejadian ini. Disebabkan isu Milo ini, seorang doktor dari ENT (hidung, telinga dan tekak), Dr Ezairy M. Sallih telah menulis di fbnya memaklumkan bahawa MILO TIDAK SALAH.
Baca penerangannya kerana menurut Dr Ezairy, masalah sinus ini boleh jadi banyak punca tetapi satu darinya adalah alahan.
MILO TAK SALAH
Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?
TIDAK.
- Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.
- Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.
- Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.
- Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.
- Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.
- Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.
- Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.
Klik sini untuk promosi milo.
Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak
Boleh nak minum milo. Kena berpada-pada. Beringat-ingatlah ya. Makanan minuman bergula lagi berbahaya.
Bantu Cukupkan Wang Hantaran Adik Sahabat Nak Kahwin, Rezekinya Wanita Ini Dapat ke Tanah Suci

Rezeki Allah memang tidak disangka-sangkakan. Sering disebut jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusan kita juga. Jika bukan hari ini, esok lusa atau tulat, janji Allah itu pasti.
Perkongsian dari Puan Natipah Abu yang banyak membantu anak-anak yatim dengan kerja-kerja kebajikannya ini sesungguhnya boleh memberi pengajaran yang baik kepada kita.
Sebabnya di bulan Ramadan ini, tanpa disangka rezekinya datang berganda apabila dapat menunaikan ibadah puasa di Makkah yang menjadi dambaan ramai umat Islam untuk mengerjakan umrah di bulan puasa.
Kebaikan hatinya yang memudahkan insan lain dengan mencukupkkan wang hantaran ternyata dibalas dengan kebaikan apabila dia dapat mengerjakan umrah hari ini sedangkan kalau ikutkan niatnya hanya mahu berbuat demikian pada tahun hadapan.

Baca kisah seperti mana dikongsi di laman fbnya, Natipah Abu.
SALAM KEMAAFAN ….
Alhamdulillah …
Dijemput lagi menjadi tetamu Allah dalam keadaan tidak disangka dan tidak dirangka.
3 May – 27 Syaaban 1440 Hijrah yang lalu.
Jam 10.30 pagi menerima mesej dari sahabat di KL yang juga berkenalan di FB dan menjadi sahabat baik sejak 5 tahun lalu . Memberitahu telah bertanya kepada travel agen tentang plan kami mengerjakan umrah bulan Mac tahun depan . Jawapan Kak Pah .. “ lambat lagi, sekarang baru habis April. Setahun lagi nu. Nanti kita sembang lain.” Kami pun ketawa sama-sama.
Jam 11 . 30 pagi, Kak Pah menerima panggilan telefon dari seorang lagi sahabat di Perlis yang juga asalnya kenal dari FB tetapi kemudiannya berkawan baik. Dalam tangisan beliau memaklumkan bahawa walimah adiknya bakal berlangsung esok, tetapi wang hantaran masih belum cukup. Memikirkan ia melibatkan maruah banyak pihak maka Kak Pah terus mendopositkan jumlah berbaki yang diperlukan.
Jam 3 petang, datanglah jemputan dari-Nya menerusi seorang sahabat yang juga mula kenal FB dan bersahabat baik sejak tiga tahun lalu. Lebih dari itu, kedua pasangan suami isteri ini juga antara yang banyak membantu kerja-kerja Kak Pah di belakang tabir selama ini. Dalam masa tiga jam saja urusan keberangkatan di proses dan selesai. Alhamdulillah, atas rezeki yang tidak disangka ini.


Sekejap lagi Kak Pah bakal berlepas ke Tanah Suci tanpa waris terdekat melainkan berserah kepada Allah sahaja untuk menemani dan melindungi diri yang kerdil dan hina ini.
Untuk makluman, urusan sedekah jariah kita akan berjalan setiap hari seperti biasa kerana akan diurskan oleh mereka yang telah sudi memikul amanah Kak Pah dan juga amanah kita.
Kepada semua sahabat handai tualan di luar sana, mohon ampun dan maafkanlah segala salah dan silap yang mungkin telah melukai hati kalian atau yang mengaibkan kalian. Mohon halalkan juga atas segala yang termakan dan terminum selama ini.
Doakan Kak Pah dipermudahkan segala urusan di sana, selamat pergi dan selamatlah kembali . Akhir kata, Salam kemaafan dengan penuh kasih sayang …
“لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ.”
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”
Sumber FB : Natipah Abu