Seorang remaja warganegara Singapura berusia 16 tahun dilaporkan merancang serangan ganas terhadap masyarakat Islam di sana, kira-kira pada tarikh yang sama dengan serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada tahun 2019.
Pelajar sekolah menengah itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh penguatkuasa Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka telahpun mendedahkan rancangan pembunuhan besar-besaran yang ingin dilakukan suspek pada 15 Mac ini.
Remaja berketurunan India dan beragama Kristian Protestan itu mengaku akan rancangannya itu. Dia turut berserah kepada takdir sama ada dia akan ditahan sebelum melakukan serangan atau ditembak mati oleh polis setelah berjaya melakukan pembunuhan di dua buah masjid Singapura.
Dua masjid tersebut dikenal pasti sebagai Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak.
Masjid Yusof Ishak ialah satu masjid yang ingin diserang oleh remaja terbabit.
Masjid Assyafaah.
“Semasa dalam tahanan, remaja itu telahpun menjumpai senjata parang yang ingin dibelinya di laman jual beli atas talian, Carousell tetapi masih belum membelinya. Dia juga ingin mendapat senapang jenis rifle seperti yang digunakan oleh Brenton Warrant semasa kejadian pembunuhan masyarakat Islam di New Zealand,” jelas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD)
Dia hanya sempat membeli baju kalis peluru atau tactical vest dan ingin mengolahnya untuk meletakkan telefon pintar pada baju demi merakam serangannya itu. Selain itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa dia ingin memandu di antara 2 tapak serangan (masjid) di Singapura dan ingin mendapat kenderaan bagi melakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Serangan Masjid Di Christchurch, Netizen Doakan Syurga Buat Mangsa Korban – REMAJA
Kedua-dua perancangan ini mirip Brenton, lalu menyakinkan pihak berkuasa bahawa remaja tersebut mempunyai idealogi yang sama dengan pengganas tersebut.
Demi melakukan persediaan terhadap cara serangan, remaja itu telah menonton video propaganda ISIS di YouTube dan yakin untuk menyerang bahagian leher dan dada mangsa serangan secara rawak menggunakan senjata tajam.
Siasatan turut mendapati dia ingin melakukannya seorang diri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain. Malah, ahli keluarga dan kawan-kawannya tidak tahu menahu mengenai kebenciannya terhadap agama Islam dan rancangan keganasan itu.
BACA LAGI : Penembak Rambang Masjid Di Christchurch, NZ Terima Balasan! Brenton Di Penjara Seumur Hidup – REMAJA
Untuk pengetahuan, terdapat kira-kira 72 buah masjid di Singapura manakala 15 peratus daripada warganegara Singapura yang berusia 15 tahun ke atas adalah beragama Islam.