Remaja 16 Tahun Rempuh Pemotong Rumput Tak Terlepas Daripada Tindakan TEGAS – Menteri

Share

 

Kematian seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa yang berusia 20 tahun setelah dia dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara tanpa lesen orang seorang remaja berusia 16 tahun akan terbela.

Ia susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang berkata tindakan tegas akan diambil ke atas remaja tersebut DAN tindakan sama juga akan dikenakan terhadap pemilik MPV yang membenarkan kenderaan itu dipandu oleh remaja berkenaan hingga menyebabkan kematian serta kecederaan.

Mangsa, Cinglowpa dan rakan senegaranya yang berusia 33 tahun dilaporkan sedang berehat di bahu jalan. Mangsa khabarnya sedang duduk di atas rumput manakala rakannya pula berada di atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

Secara tiba-tiba, sebuah kenderaan MPV datang dan merempuh mereka sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat parah di kepala. Manakala, rakannya itu patah bahu kanan.

Kata Wee kepada pemberita sewaktu ditemui di rumah terbuka Perdana Menteri, walaupun kes di Sungai Petani, Kedah ini berlaku disebabkan kecuaian, ia masih akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mereka membiarkan anak mereka tanpa lesen. Tiada perlindingan bawa memandu kereta.

“Kedua, sekiranya menyebabkan kecederaan mana-mana pihak, sama ada syarikat atau sesiapa yang bersabit akan dikenakan tindakan keras.

“Macam mana boleh bawa kereta? Undang-undang kita menjaga perlindungan pengguna jalan raya di luar sana” katanya.

*

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata bapa remaja itu tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan. Lalu, kunci kenderaan yang ditinggalkan di rumah diambil olehnya untuk memandu tanpa pengetahuan bapanya.

Usia muda bukanlah alasan untuk kita tidak bertindak secara bertanggungjawab. Apatah lagi apabila ia membabitkan nyawa seseorang yang tidak kita kenali.

Foto Hiasan : Pexels (JeShoots.com)

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ