Remaja 16 Tahun Terima Tawaran Belajar Di RCSI, Netizen Beri Pujian Pada Ibu Bapa Emir Haady

Share

Seawal usia 16 tahun, Emir Haady Imran Zulkharnain telah pun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dengan memperoleh 6A+, 1A dan 1B.

Keputusan yang membanggakan ini telah melayakkan Emir Haady bakal menjadi pelajar termuda ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Di usia 14 tahun, remaja ini menduduki peperiksaan IGCSE setelah hanya 10 bulan menjalani latihan dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam program A-Level pada Januari 2017. Sekali lagi mendapat keputusan cemerlang A+, 2A dan 1B, Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September depan.

Kredit foto: yoy.my

Rata-rata masyarakat Malaysia menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan yang diperoleh oleh anak muda ini. Iye la, masa kita umur 16 tahun dulu tengah fikir nak masuk kelas Sains ke Sastera, tapi Emir dah pun berpeluang melanjutkan pelajarannya ke RCSI. Hehe!

Tahniah Emir Haady!

Ramai juga yang mengucapkan syabas kepada kedua orang tuanya kerana berjaya mendidik anak sehingga menjadi pelajar cemerlang.

Sekali lagi kami ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Emir Haady Zulkharnain. Diharap kisah kejayaan adik ini dapat memberi inspirasi buat masyarakat Malaysia untuk terus berjaya tanpa mengira peringkat umur.

Jaga diri di tempat orang, kami rakyat Malaysia doakan yang terbaik untuk anda. InsyaAllah!

Sumber: thesundaily.my

Published by
Noor Ain Norman