
“Saya mahu laman web ini bebas iklan..”
Sejak melancarkan sebuah laman web untuk merekodkan statistik kes Covid-19 pada Disember lalu, remaja bernama Avi Schiffmann dari Seattle, Amerika Syarikat telah berjaya mengumpulkan seramai 350 juta followers!
Laman web bernama nCOV2019.live (familiar?) itu merupakan di antara laman web terawal yang membantu masyarakat dunia mengetahui perkembangan terbaru mengenai jangkitan wabak tersebut.

Avi yang masih berusia 17 tahun sanggup untuk tidak hadir ke sekolah kerana ingin fokus membangunkan laman web itu.
Tambahan pula dengan jumlah followers ramai yang berjaya dikumpulkan pada minggu pertama pelancarannya, tentulah Avi excited untuk meneruskan projeknya itu.
*
Dengan populariti yang diterima oleh nCOV2019, Avi dikhabarkan telah menerima banyak tawaran pengiklanan daripada syarikat komersil untuk diletakkan di dalam laman web tersebut. Malah ada di antara tawaran yang diterimanya mencecah nilai RM35 juta!
Namun, rezeki itu ditolak bulat-bulat oleh Avi!
(Okay sorry for these exclamation marks, we are just that surprised and cannot decide which news is more surprising.)
Avi menolak tawaran lumayan itu kerana Avi ingin laman web ciptaannya dikunjungi penduduk dunia tanpa perlu ‘melayan’ sebarang iklan. Remaja ini masih kekal dengan niat asalnya untuk membantu orang ramai mudah mengetahui jumlah pesakit secara langsung.
Tindakan Avi ini mendapat pujian ramai kerana dia tidak mementingkan keuntungan.
It is good to know there are still genuinely good person out there.
“Bukan Saya Yang Pilih, Saya Hanyalah National Director Miss Universe Malaysia” – Elaine Daly

Respon negatif peminat ke atas kemenangan wakil Kuala Lumpur, Lesley Cheam semalam sebagai Miss Universe Malaysia 2022 seakan dapat dihidu oleh Pengarah Kebangsaan organisasi tersebut, Elaine Daly.
Elaine, 46 yang ditemui sewaktu sidang media sebaik sahaja Lesley dimahkotakan akur sekiranya ramai menghentam kemenangan pada malam tadi.
“Saya tahu jika saya buka Instagram saya sekarang, akan ada banyak komen. Akan ada yang mempersoalkan mengapa saya memilih peserta itu, peserta ini. Bukan saya yang membuat pemilihan tetapi ia bergantung kepada juri kami.
“Saya dapat DM’s daripada warganet setiap hari mengenai pertandingan ini dan kami sentiasa sebaik mungkin cuba berkembang secara positif. Kami juga cuba ‘upgrade’ dan lakukan yang terbaik buat semua orang di sini.
“Malaysia mempunyai juara yang bagus (Lesley Cheam) dan dua lagi pemenang yang bagus (naib juara, Ajunee Kaur dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying).
“Saya tahu warganet selalu tidak gembira.. kita ada (respon) positif dan negatif. Tapi pucuk pangkalnya, kami di MUMO lakukan sehabis baik. Itu saja yang boleh saya komen,” ulasnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Farmaseutikal & Sains Kesihatan, Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022 – REMAJA
Sebelum bergelar selebriti dan Pengarah Kebangsaan selama lapan tahun di organisasi Miss Universe Malaysia, Elaine juga pernah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2003. Beliau mengimbas bagaimana peluang menjadi wakil negara dahulu telah membantunya menemui jalan karier dan berharap juara-juara di bawah kendalian juga akan berjaya pada haluan masing-masing.
“Secara peribadi, sebab utama saya lakukan ini (sebagai Pengarah Kebangsaan) adalah untuk mengubah kehidupan para peserta yang menyertainya tidak kiralah betapa besar atau kecilnya perubahan itu.
“Saya tidak perlu menjadi National Director Miss Universe Malaysia. Saya tahu ramai sedang mempersoalkan para pemenang malam ini. Segalanya berbalik semula kepada juri dan pemilihan ratu mereka.”

Kecaman Warganet Tidak Berkesudahan
Sedari semalam lagi selepas keputusan pemenang diumumkan, warganet dan pencinta dunia ratu cantik Malaysia telah melakukan ‘serangan siber’ ke atas organisasi, juaranya dan Elaine Daly sendiri selaku Pengarah Kebangsaan.
Dalam nada tenang, Elaine menyatakan bahawa keputusan yang terhasil bukanlah daripada dirinya sendiri.
“Saya bukanlah bos Miss Universe Malaysia. Saya juga bukanlah pemegang francais Miss Universe Malaysia Organization. Saya hanyalah seorang National Director.
“Tugas saya di sini adalah untuk membawa nama baik jenama ini dan pastikan kesemua peserta gembira dengan pengalaman ini serta menggunakannya untuk lebih maju ke hadapan,” katanya.

Bercakap lebih lanjut mengenai persediaan organisasi buat Lesley Cheam sebelum bertanding di New Orleans, Amerika Syarikat pada Januari 2023, Elaine mendedahkan segala persiapan telahpun siap dilakukan khas untuk wakil Malaysia di Miss Universe 2022.
“Semuanya dah siap sebenarnya. Tapi tentunya kita masih akan bekerja rapat dengan Lesley untuk persediaan Q&A, catwalk dan perkara lain yang dia perlukan sebelum ke peringkat antarabangsa,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Elak Kena ‘Scam’ Sebelum Melancong! Pastikan Ejen Ada 5 Benda Ini Sebelum Membuat Tempahan

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, saban hari industri pelancongan semakin meriah dan menariknya pelbagai pilihan destinasi serta pakej ‘travel’ sekaligus tip untuk ke setiap destinasi pun lebih mudah ditemui di media sosial.
Walaupun begitu, di sebalik kemeriahan ini, ada juga segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan seperti satu kisah yang tular baru-baru ini, di mana seorang personaliti media sosial wanita dikatakan telah melakukan penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan.
Kali ini, meh REMAJA kongsikan tip penting untuk korang pilih ejen pelancongan terbaik bagi memastikan mood travel korang tidak terganggu sebelum berangkat ke bucket list negara pilihan!

EJEN BERDAFTAR
Sebelum menempah sebarang pakej, pastikan ejen pelancongan anda telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Jika ejen anda tidak mempunyai lesen yang sah, ini adalah tanda amaran yang menunjukkan mereka mungkin tidak boleh dipercayai.
Melalui lesen yang sah ini juga, ia menunjukkan bahawa ejen itu sudah pun mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
REVIEW & TESTIMONY CHECK!
Salah satu cara nak nilai sama ada travel agent korang itu trusted atau tidak adalah melalui review and testimony daripada pelanggan sebelum ini. Zaman sekarang, memang senang sangat nak cari ulasan terdahulu, dari situ korang boleh pilih perkhidmatan yang mana satu paling terbaik dan berkualiti!
Jika kebanyakan pelanggan beri banyak ulasan negatif atau tiada ulasan sama sekali, kami cadangkan anda supaya lebih berhati-hati.

TAWARAN PAKEJ YANG REALISTIK
Zaman kini sebenarnya lebih mudah untuk dapatkan pakej pelancongan dengan harga yang murah tetapi ingat! Jangan mudah terpedaya dan sila baca butiran pakej dengan teliti. Kadang-kadang, ada ejen yang tawarkan harga murah, tetapi mungkin mereka tidak menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan atau ada kos tersembunyi.
Jadi, sebelum korang deal dengan ejen, pastikan buat perbandingan harga dengan ejen pelancongan yang lain terlebih dahulu.

KAEDAH PEMBAYARAN
Sebelum buat pembayaran deposit, pastikan kaedah pembayaran yang digunakan oleh ejen pelancongan pilihan itu selamat dan boleh dipercayai. Elakkan membuat pembayaran melalui cara yang tidak jelas atau menggunakan saluran yang sukar dijejaki seperti tunai atau pembayaran melalui platform yang tidak disahkan.
Pastikan anda menerima resit atau pengesahan rasmi untuk setiap transaksi yang dilakukan. Jangan lupa untuk bertanya fix date bagi tiket penerbangan, jadual perjalanan, butiran penginapan dan sebagainya kepada ejen pelancongan korang ya!
POLISI INSURANS & PEMBATALAN
Ejen pelancongan yang dipercayai dan profesional selalunya akan memberi anda maklumat yang jelas tentang polisi pembatalan, perubahan jadual, dan insurans perjalanan. Biasanya, mereka akan menyediakan butiran terperinci mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku pembatalan atau perubahan mendadak.
Pastikan ejen pelancongan tersebut menawarkan perlindungan insurans yang sah dan meliputi kejadian yang tidak dijangka, seperti kecederaan atau kehilangan bagasi. Ini adalah tanda bahawa ejen tersebut bertanggungjawab dan mementingkan kesejahteraan pelanggan mereka.


Kesimpulannya, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan travel agent yang dipercayai adalah langkah penting untuk memastikan perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Dalam zaman serba ‘memudahkan’ ini, sebenarnya lebih banyak pilihan yang baik korang boleh pilih, lebih lagi sudah ramai individu di media sosial yang berkongsi tip travel yang lebih menyeronokkan dengan harga jauh lebih berpatutan.
Ada orang yang lebih suka merancang perjalanan sendiri dan ada yang lebih selesa untuk ejen menyiapkan butiran perjalanan dari ‘A to Z’, walau apa pun, setiap pilihan itu adalah di tangan anda,
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sehari Sedekah Masyuk Hingga RM500, Peminta Sedekah Warga Asing ‘Mewah’ Di Bulan Ramadan

Sekarang ni kalau korang perasan, banyak sangat sindiket peminta sedekah di negara kita. Kadang-kadang sampai rasa ragu-ragu nak menderma atau pun tidak kerana bimbang mereka hanya ‘berlakon’ menjadi orang susah.
Tambahan lagi di bazar Ramadan, golongan pengemis juga kelihatan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan cuba meraih simpati daripada para pengunjung di sana.
ARTIKEL BERKAITAN : Etnik Rohingya Tolak Kerja! Lelaki Kongsi Pengalaman Benar

Susulan hal ini, polis Melaka bersama JKM dan BPT telah berjaya menumpaskan dan menangkap dalang utama sindiket pengemis warga asing ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Polis Melaka, Difahamkan kegiatan mengemis yang dilakukan oleh warga asing itu mampu meraih wang sedekah sekitar RM400 hingga RM500 setiap hari di bazar Ramadan di Melaka.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 7.30 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun terbabit ditangkap bersama tiga pengemis yang berusia antara 33 hingga 46 tahun yang dibawa olehnya dari Kuantan.
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkenaan aktiviti mengemis yang semakin rancak di bazar Ramadan, pasar raya dan pusat beli belah dengan sebahagiannya juga tular di media sosial.
Dalang bawa warga asing dari Kuantan ke Melakan untuk mengemis, siap tidur di hotel
Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ketiga-tiga warga asing itu telah dibawa oleh dalang dari Kuantan ke Melaka hanya untuk mengemis.
“Dalang utama ini bertanggungjawab membawa tiga warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaanya bagi tujuan mengemis dan menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah hotel di Jalan Tun Perak.
“Sindiket ini turut juga memperolehi hasil kutipan harian antara RM400 sehingga RM500 dengan menyasarkan tapak-tapak bazar Ramadan,” katanya lagi.
Berkongsi lanjurt, Zainol berkata hasil soal siasat daripada suspek utama juga mendakwa dia merupakan pengusaha kantin di sebuah sekolah di Kuantan.
Jelasnya lagi, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdangang Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda.
BACA LAGI : [Video] Pura-Pura Mengaku Islam, Hati-Hati Dengan Sindiket Peminta Sedekah
Sumber: KOSMO
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.