Bila orang cakap jangan terlalu obses dengan permainan video kerana ia membahayakan kesihatan, kita tak nak percaya…
Iyalah, apa yang merbahaya sangat when we are having fun?
Bagaimanapun bila mendengar khabar terbaru ini, mungkin korang akan nak bangun dan asingkan diri kejap daripada skrin komputer.
Seorang remaja Thai yang dikenali sebagai Piyawat Harikun, 17 didapati rebah lantas meninggal dunia di hadapan meja komputernya gara-gara bermain permainan video sepanjang malam.
Kejadian ini berlaku Selasa lalu sewaktu pelajar di Thai sedang menikmati musim cuti sekolah.
Seperti kebanyakan remaja lain yang meminati e-Sports, Piyawat menghabiskan masa cuti ini untuk ‘duduk’ di dalam biliknya dan bermain battle games.
Menurut ibu bapa Piyawat, anak mereka selalu stay up pada waktu malam untuk bermain. Dia kemudiannya terus bermain pada waktu siang dengan menutup langsir bilik. Barulah ‘feel‘ agaknya.
*
Obsesi Piyawat berlarutan sehingga ibu bapanya perlu menghantar makanan ke bilik. Walaupun mereka memintanya memperlahankan minatnya itu, dia enggan kerana tidak mahu mengalah dengan pemain lain di platform online.
Sehinggalah Isnin tengah hari minggu apabila ayah Piyawat, Jaranwit menemui anaknya rebah di atas lantai bersebelahan dengan meja komputer.
Jaranwit cuba untuk menyelamatkan anaknya itu. Malangnya, Piyawat sudah meninggal dunia.
Kelmarin, paramedik memeriksa semula tubuh remaja itu dan mereka mengklasifikasikan punca kematian sebagai angin ahmar atau strok. Mereka mempercayai ia akaibat obsesi Piyawat terhadap permainan video sepanjang malam (dan siang).
“Anak saya bijak dan cemerlang di sekolah. Tetapi dia mempunyai masalah ketagihan video game. Saya sudah cuba memberinya amaran tetapi seperti biasa dia tidak mendengar nasihat kami.
“Saya harap kematian anak saya menjadi pengajaran kepada remaja yang ketagih video game sepertinya,” katanya kepada rakan media di sana.
*
Tak salah untuk meminati permainan video. Tetapi biarlah ada hadnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nipis, Ringan & Pantas. Ini Sebab Kami Sukakan Laptop ACER Swift 3