Seperti remaja sebayanya, Nong Ying, 17 yang berasal dari Thailand menghabiskan masa di atas katil bersama telefon pintarnya yang sedang dicas.
Namun, gara-gara dia degil mengecas dengan kabel USB yang telah rosak (frayed
), kabel tersebut tersentuh bahagian kaki katil yang diperbuat daripada besi dan dia dikejutkan dengan serangan elektrik.Ibu Nong dilaporkan pulang ke rumah dan mendapat anaknya itu sedang kejung terlantar di dalam biliknya.
Beliau cuba untuk mengejut Nong yang diingatkan sedang tidur tetapi beliau sendiri terkena kejutan elektrik setelah menyentuh tubuh Nong.
Si ibu serta-merta menutup suis kabel tetapi jelas, ia sudah terlambat dan Nong telah meninggal dunia.
Menurut laporan Ketua Polis Siasatan, Khanti Peansoongnerm pula, mereka mendapati tangan Nong terbakar akibat memegang telefonnya.
*
Familiar bukan kes ini?
Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri membalut kabel USB mereka yang telah rosak dan tertanggal daripada ‘badannya’ semata-mata ingin berjimat.
Ingat, berjimat pun perlu kena dengan tempatnya.
Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan keselamatan dan membeli kabel USB yang baru.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Tahu Gajet Ori Atau Tiruan, Ini 6 Tip Untuk Korang