Pulangkan paku buah keras.
Jika tahun lalu dirinya menjadi tumpuan dunia selepas lantang menegur sikap sambil lewa pemimpin dunia ketika Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu perubahan iklim saat itu nama Greta Thunberg terus dikenali dunia biar masih baru aktif sebagai aktivis alam sekitar.
Dilihat bersungguh mahu dunia lebih menjaga alam sekitar yang teruk tercemar, Greta Thunberg yang berasal dari Sweden membuktikan genarasi muda sebenarnya boleh memainan peranan besar dalam isu pemuliharaan alam sekitar.
Bersama rakan-rakan muda dari pelbagai negara, Thunberg membuktikan generasi muda boleh memainkan peranan besar dalam isu pemuliharaan alam sekitar berkaitan isu penggondolan hutan, perlindungan haiwan liar, penuaian air hujan untuk kegunaan manusia, penanaman semula hutan, pemberdayaan komuniti agama, pengurangan sisa fabrik di tapak pelupusan dan tenaga hijau.
Membawa suara anak muda dengan sokongan rakan dari pelbagai negara seperti Louise Mobulo dari Filipina; Adjany Costa (Angola); Anna Luisa Beserra (Brazil); Marianna Muntianu (Russia); Molly Burhans (Amerika Syarikat); Omar Itani (Lubnan) dan Sonikar Manandhar (Nepal) remaja-remaja ini gigih memperjuangkan isu alam sekitar.
Akibat suaranya, Donald Trump yang ketika itu Presiden Amerika Syarikat telah menarik perhatian ramai apabila menyuruh remaja itu bertenang dalam isu pemanasan global serta meminta agar dia pergi menikmati filem bersama kawan-kawan. Biar ciapan itu merujuk seakan sindiran kepada dirinya, bagaimana pun Thunderg tidak melatah sebaliknya membalas ciapan tersebut dengan menulis “remaja yang sedang memperbaiki isu baran. Kini sedang bertenang sambil menonton filem lama bersama kawan”.
Tapi benarlah bila marah kita akan berasa kita saja betul.
Dan ternyata saat Presiden itu diambang kekalahan kepada pihak lawan Joe Biden bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 46, Trump menggunakan kuasa mahkamah untuk menghentikan pengiraan undi kerana berkata berlaku penipuan dalam pengiraan undi.
Apa yang seronoknya, bila melihat Trump marah-marah, Greta Thunberg telah memulangkan paku buah keras. Meminta agar Trump chill, kekal tenang dan menangani sifat barannya. Sama seperti apa yang Trump pernah mahu dia berbuat tahun lalu.
Fuhh..memang betul-betul macam pusingan rodakan. Masa di atas rasa semua betul, masa dah nak jatuh ke bawah, baru rasa dunia nie berputar.
https://twitter.com/GretaThunberg/status/1324439705522524162?ref_src=twsrc%5Etfw
Kata Thunberg, “Ini tidak munasabah. Donald harus menangani isu baran, kemudian pergi tonton filem lama bersama kawan! Chill Donald, Chill!,” kata Thunberg dalam satu ciapan Khamis lalu.
Ekoran tweetnya itu, ia mendapat lebih 360,000 retweet dan 1.4 juta tanda suka dari pengikutnya.
Memang kena la sebijik teguran dari anak muda.