Berita

Remaja 18 Tahun Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tawan Puncak Tertinggi Di Bumi

Share

Seorang remaja Nepal, Sherpa Nima Rinji telah mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia sebagai pendaki gunung termuda yang mencapai 14 puncak tertinggi di bumi.

Pada jam 6.05 waktu tempatan pada hari Rabu, Nima berdiri megah di puncak Gunung Shishapangma, Tibet, menjadikannya sebagai satu lagi pencapaian luar biasa dalam dunia pendakian.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : ‘Mowgli Malaysia’ Kini Pemilik Bengkel Motosikal

Pada usia 18 tahun, Nima telah menyertai barisan pendaki yang berjaya menakluk semua “lapan ribu” dunia, yang merujuk kepada 14 gunung yang diiktiraf oleh Persekutuan Mendaki Gunung dan Mendaki Antarabangsa (UIAA) dengan ketinggian lebih daripada 8,000 meter (26,247 kaki) di atas paras laut.

Nima memulakan pendakian gunung altitud tinggi pada usia 16 tahun, dan mencapai semua lapan ribu dalam masa 740 hari. Puncak Manaslu, gunung kelapan tertinggi di dunia, berjaya didakinya pada 30 September 2022, selepas menamatkan peperiksaan sekolah menengah gred 10. Dia ditemani rakan pendaki, Sherpa Pasang Nurbu, dalam setiap trek yang mencabar.

“Ini bukan sekadar kemuncak perjalanan peribadi saya, tetapi penghormatan kepada setiap Sherpa yang berani bermimpi melangkaui sempadan tradisi yang ditetapkan untuk kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dari Kelindan Lori Ke Dunia Penerbangan

“Mendaki gunung lebih daripada bekerja, ia adalah bukti kekuatan, ketabahan dan semangat kami,” katanya.

Dalam pada itu, Nima datang dari keluarga pendaki gunung yang terkenal dan kini mengendalikan Seven Summit Treks, syarikat ekspedisi mendaki gunung terbesar di Nepal.

Dengan pencapaian tersebut, Nima Rinji telah mengukir namanya dalam sejarah pendakian, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Mingma Gyabu ‘David’ Sherpa, yang mencapai semua lapan ribu pada usia 30 tahun pada 2019.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BBC, Instagram Sherpa Nima Rinji

Published by
Fath