Remaja 19 Tahun Maut Ditikam, Ibu Hidap Kanser Otak Hanya Mampu Pandang

Share

Semoga pelakunya dapat ditangkap segera. Ini kerana perbuatan kejamnya sesuatu yang sukar dimaafkan jika ia melibatkan ahli keluarga kita sendiri.

Perbuatannya jelas sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apatah lagi ia dilakukan dihadapan sang ibu yang melahirkan si anak. Lebih menyayat hati, ibu dalam keadaan terlantar akibat kanser otak dan tidak mampu berbuat apa-apa saat di penyamun menikam anaknya di hadapan mata.

Menurut laporan Harian Metro dalam satu kejadian di Hulu Terengganu petang tadi, remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini.


.


.


.


.


.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Diana Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Diana ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros