Remaja Aktif Sukan Selamat Jalani Pembedahan Ke 2 Buang Darah Beku Di Kepala

Share

Alhamdulillah!

Ini perasaan mampu kami di majalah Remaja ucapkan selepas Muhammad Adli Asyraf, selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Sebahagian darah beku yang berada di salur otaknya sudah dibuang dan remaja berusia 22 tahun ini dalam proses pemulihan sejak awal bulan lalu.

Tatkala ditemubual, Muhammad Adli Asyaraf yang mesra disapa Acap mengakui dia semakin sihat.Malah kerusi rodanya juga sudah diletak di tepi dan dia hanya menggunakan tongkat sahaja. Ditanya apa dia mahu lakukan selepas sihat, adalah kembali ke padang bola bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

Acap sudah semakin pulih dan tidak sabar untuk sihat seperti sebelum dia rebah sehingga perlukan dua kali pembedahan buang darah beku di kepala.

Powerkan semangatnya! Jom doakan dirinya agar cepat sembuh.

Masa yang sama tempurung kepalanya yang suatu ketika dahulu agak lekuk sudah dibetulkan dengan pemasangan implant. Kata Acap, dia sendiri sudah mula belajar perlahan-lahan dan jika cepat sembuh dia mahu kembali seperti kehidupan lalunya, bekerja dan mencari rezeki sendiri.

Kepalanya juga sudah tidak berlekuk kerana implant sudah dipasang di kepalanya
Beginilah keadaan kepalanya pada pembedahan kali pertama pada November tahun lalu. Dia juga perlu duduk di kerusi roda kerana tubuhnya tidak stabil

Pembedahan kedua dijalaninya di Hospital Pakar KPJ penghujung Januari lalu ternyata telah menyelamatkan nyawa remaja aktif bersukan ini dari alami kelumpuhan dan terbaring dalam usia yang cukup muda. Salute pada kepakaran doktor yang berjaya membuang sebahagian darah beku di salur otaknya.

Jika lambat melakukan pembedahan kedua ini, risiko kehilangan nyawanya sangat besar atau dia boleh lumpuh selama-lamanya jika salur darahnya pecah!

Kisah remaja aktif bersukan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak disahkan mempunyai penyakit kronik. Mengamalkan gaya hidup sihat namun sebagai remaja dia akui merokok namun tidak kerap. Setiap hari balik dari kerja, dia akan pergi ke padang bola sama ada bermain futsal mahupun bola sepak dengan rakan-rakan di perumahan didudukinya.

Namun hujung tahun lalu  pada 12 November, dia yang ketika itu duduk berehat di tempat kerja terasa mukanya tiba-tiba kebas. Sejurus rasa kebas itu datang dia terus rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan sekerja yang panik terus menelefon ambulan dan ketika dibawa ke hospital, remaja berusia 22 hari ini koma  empat hari.

Hasil pemeriksaan rapi, pakar yang merawatnya terus membuat keputusan darah beku yang ada di salur kepala sebelah kirinya perlu dibuang segera demi menyelamatkan nyawanya. Ibu bapanya yang kecemasan saat dimaklumkan hal itu perlu menandatangani satu dokumen bagi menyelamatkan nyawanya. Ketika itu doktor mengesyaki dia mempunyai darah tinggi tetapi ternyata tidak kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak punya sebarang penyakit kronik pun.

BACA SINI : Remaja Aktif Bersukan Sehingga Mukanya Kebas, Tempurung Kepalanya Perlu Dibelah

Dalam temubual kali pertama semasa Remaja menyiarkan kisahnya, bapanya Jasni Abdullah, 56 tahun berkata, kos pembedahan pertama adalah sebanyak RM83,000 di Hospital Pakar KPJ.

Insuran syarikat tempat anaknya bekerja hanyalah RM50,000 dan selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga. Dan kebetulan duit KWSP bapanya yang baru berhenti kerja kerana mencapai tahap usia 55 tahun digunakan untuk membiayai kos selebihnya.

Jasni mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan orang ramai sebanyak RM14,000 yang diterimanya selepas kisah anaknya disiarkan di Remaja dan akhbar tempatan lain

Masa yang sama, kata Jasni, selaku bapa dia masih bimbang lagi kerana hasil pemeriksaan rapi doktor, ada lagi salur darah hampir membeku di otak anaknya namun tidak dapat dibuang kerana merisikokan nyawanya jika dibuat sekaligus.

Kos pembedahan segera kali kedua mencecah hampir RM60 ribu termasuk memasang implant bagi tempurung kepalanya sebanyak RM20,000 lagi di mana menjadikan semuanya RM80,000. Keluarga ini perlu melakukannya penghujung Januari.

Remaja menyiarkan kisah remaja ini di mana hasil keprihatinan masyarakat bagi membantu dana pembedahan keduanya, keluarga ini mendapat RM11,000 lebih termasuk RM3000 lebih diberi orang ramai kepada keluarganya sendiri. Ada dalam RM14,000 lebih dan kerana itulah bapanya  ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menderma bagi pembedahan kedua anak.

Keluarga ini begitu bersyukur yang Acap semakin pulih, Jelas bapanya biar kos pembedahan agak tinggi namun apa lebih penting adalah nyawa anaknya

“Tiada jasa dapat saya balas dan semoga Allah memberikan ganjaran buat insan-insan yang membantu,” katanya yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur di atas sebahagian bantuan diterimanya.

Kata Jasni lagi, dari pemeriksaan rapi doktor, salur urat di kepala anaknya menipis dan ia adalah kes yang sangat jarang terjadi.

“Ia antara sebab utama kenapa hal ini terjadi kepadanya,” katanya ketika Remaja menemuinya di kediaman di PPR Kerinchi, Pantai Dalam baru-baru ini.

Tq semua pada yang membantu memberikan sedekah buat remaja dan keluarganya ini demi menyelamatkan nyawanya.

Thanks you all, salute kerana prihatin pada nasib orang lain di dalam kesusahan.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros