Muzik

Remaja Asal Labuan, Brittany Goh Wakili Malaysia Dalam The Voice 2024 Di China

Share

Remaja yang berasal dari Labuan, Brittany Goh telah memenangi tiket untuk muncul dalam The Voice 2024 iaitu sebuah rancangan nyanyian realiti baru di China.

Brittany Goh Yao Xuan yang kini berusia 16 tahun, mendapat tempat di rancangan itu dengan mendendangkan lagu penyanyi Zhou Shen iaitu

Hua Kai Wang You.
Kredit: Instagram worldofbuzz

“Saya terkejut apabila terpilih kerana saya tak pernah menjangkakannya”

“Ini juga merupakan kali pertama saya berdiri di atas pentas yang begitu besar. Saya tak sabar untuk dapatkan pengalaman baru dan mencuba perkara yang saya tak pernah buat sebelum ini”, kata Brittany.

Menurut abang kepada Brittany, Bryan Goh, seorang  jurulatih vokal dari China yang telah mendaftarkan adiknya ke rancangan The Voice 2024 dan Brittany antara peserta dalam kumpulan pertama rancangan realiti itu.

Kredit: Instagram worldofbuzz

Uji bakat The Voice 2024 juga masih diteruskan bagi mencari bakat baru. Buat masa ini, Brittany juga merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang muncul dalam rancangan itu.

Brittany Goh kini bersekolah di Labuan, dia mula bernyanyi sejak berusia empat tahun dan telah menyertai banyak pertandingan nyanyian. Bukan setakat itu, malah pada tahun 2018 Brittany memenangi anugerah emas khas di Chinese Festival Dream China di Guangzhou.

Anak jati Labuan yang berbakat itu juga turut pernah merangkul pingat emas di Hong Kong International Youth Arts Festival pada tahun 2019.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE