Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan. Justeru itu, remaja berusia 18 tahun ke bawah dikatakan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif ini akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Jelas beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang. “Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Walau bagaimanapun, susulan berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, Khairy menjelaskan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Ads
Apa-apa pun kita doakan agar inisiatif yang dilakukan ini berjalan lancar dan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan agar pelajar lebih rasa selamat untuk pulang semula ke sekolah.
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling hevoq. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Bagi lepasan SPM, sekejap lagi akan keluar result ya permohonan yang dibuat melalui UPU.
Di fb Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, result akan mula diketahui pada jam 12.00 tengahari ini.
Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Semak keputusan adik-adik melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Selamat maju jaya semua!!
Sikap kerakusan manusia terhadap haiwan hari ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak kerana tindakan ini dapat mengancam kepada kepupusan.
Permintaan eksotik ini wujud kerana dipercayai bahagian-bahagian haiwan tertentu ini mampu mengubati penyakit, memberi tenaga batin dan untuk tujuan kecantikan.
Oleh kerana permintaan tinggi bagi sesebuah negara, terdapat beberapa haiwan liar yang diseludup untuk dijadikan sebagai makanan.
Jom kita lihat antara haiwan liar popular yang selalu diseludup.
1. Tenggiling
Sejak tahun 2000, lebih 1 juta ekor tenggiling didagangkan di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan tinggi di China dan Vietnam. Dagingnya dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan baik untuk buah pinggang, kuatkan tenaga batin lelaki dan membantu memanaskan badan.
Sisik tenggiling juga digunakan dalam perubatan tradisional. Kulitnya pula lazimnya digunakan untuk membuat beg dan kasut. Darahnya dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri.
2. Ikan jerung
Walaupun jerung merupakan haiwan laut yang digeruni manusia, tetapi haiwan ini sebenarnya diancam kepupusan akibat perbuatan manusia. Beberapa spesis haiwan ini diburu dan diseludup untuk bahagian siripnya dijadikan sup selain bahagian-bahagian lain turut dijadikan hidangan makanan eksotik.
3. Ular
Paling popular adalah ular sawa, mungkin kerana saiznya besar dan dagingnya banyak namun ada yang mengatakan rasanya juga sedap kerana dagingnya manis.
Ada juga yang mendakwa daging ular sawa mampu memberikan tenaga kepada penggemarnya dan menguatkan tenaga syahwat. Biasanya, ular akan disiat kulitnya terlebih dahulu sebelum dimasak. Ular masak kicap dan sup ular adalah antara hidangan yang paling popular.
4. Katak
Menurut penggemarnya, daging katak mempunyai khasiat termasuk mampu mencegah kanser, menyembuhkan luka dengan pantas dan mencegah asma. Bahagian katak yang popular adalah bahagian kakinya, dimasak dengan cara goreng atau sup. Bahkan, ada yang mendakwa protein di kaki katak lebih banyak daripada protein pada dada ayam.
5. Biawak
Kalau di Indonesia, biawak biasanya dijadikan sate meskipun ada yang memasaknya dengan cara lain. Dagingnya dikatakan lebih liat daripada daging lembu dan kambing namun rasanya dikatakan agak sedap.
Penggemarnya percaya daging biawak mampu menyembuhkan penyakit gatal-gatal kulit dan asma. Disebalik kulit biawak yang kasar dan menggerutu, ada orang percaya daging haiwan tersebut mampu mencantikkan kulit wanita dan menjadikannya lebih halus.
6. Tikus
Wanita Vietnam percaya dengan memakan tikus ia menjadikan mereka awet muda tetapi bukan semua tikus yang mereka makan. Biasanya, mereka akan makan tikus yang berada di sawah padi, bukan tikus yang dijumpai di longkang.
Bagi mereka, tikus yang berada di longkang adalah kotor, tetapi tidak bagi tikus yang ada di sawah kerana hanya makan padi dan minum air sawah. Menurut mereka lagi, rasa daging tikus lebih sedap berbanding daging lembu.
7. Kelawar
Kelawar sebenarnya telah menjadi sumber protein sejak zaman purba. Ia masih diamalkan di beberapa negara kerana kepercayaan khasiat selain daging kelawar yang dikatakan sedap.
Walau bagaimanapun, pakar kesihatan awam memberi amaran pengambilan daging kelawar berisiko mengancam kesihatan awam kerana haiwan ini adalah pembawa semula jadi untuk virus ebola dan marburg.
Hm, kembang tekak bila memikirkan macam mana orang boleh makan binatang yang pelik-pelik ni eh?
Siapa pernah main atau menjawap soalan-soalan yang disiarkan di laman facebook? Soalannya berkaitan jodoh, rupa selepas tua, kalau masuk surat khabar kenapa serta banyak lagi.
Sekali imbas, kita melihat permainan kuiz ini sekadar satu keseronokan untuk dikongsi dengan kawan-kawan. “Just for fun”. Betul tak?
Tapi tanpa sedar, soalan kuiz suka-suka dan memberi kebenaran untuk mengetahui jawapan mengenai kuiz inilah yang telah mengakibatkan data peribadi bocor dan telah diambil Cambridge Analyticas (CA) tanpa korang sedari.
Apa yang menakutkan, bukan saja data peribadi diambil tetapi rakan-rakan yang menjadi rakan facebook anda turut menerima tempias di mana data peribadi mereka turut diambil tanpa pengetahuan walau pun kawan korang tak menjawap pun soalan kuiz berkenaan.
Mark Zukerberg akui data peribadi 50 juta pengguna FB bocor dan meminta maaf atas kejadian ini
Semalam, pengasas facebook Mark Zukerberg telah meminta maaf kepada 50 juta pengguna media sosial itu di atas kebocoran maklumat peribadi pengguna.
Ketika muncul di sidang media termasuk muncul di televisyen Amerika Syarikat, billion air laman sosial itu berkata, ia kejadian pecah amanah yang besar dan saya memohon maaf ia terjadi.
“Kami mempunyai tanggungjawab melindungi data peribadi anda, dan jika kami gagal berbuat demikian, kami tidak layak berkhidmat untuk anda,
“Kami perlu pastikan tiada lagi Cambridge Analyticas (CA) di luar sana,” katanya.
Malah beliau berjanji, hal ini tidak akan terjadi lagi di masa akan datang.
Skandal Cambridge Analytica yang terdedah enam hari lalu selepas dikaitkan dengan pilihan raya di negara Uncle Sam lepas yang mana data peribadi ini digunakan sebagai bahan kajian kecenderungan mana “pemikiran” seorang individu itu tentang pilihan raya.
Selepas skandal ini terbongkar, nilai saham facebook yang dianggar bernilai AS50 bilion merosot kepada 10 peratus.
Apa data peribadi dan kenapa ia penting?
Pencarian Remaja di laman rasmi Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia merumuskan data peribadi adalah seperti berikut:
Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenal pasti daripada maklumat tersebut.
Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.
Antara contoh “data peribadi” adalah seperti:-
Nama dan alamat
nombor kad pengenalan
nombor pasport
maklumat kesihatan
e-mel
gambar
imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
maklumat dalam fail peribadi
Butiran akaun bank
Butiran kad kredit
Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.
Di bawah Akta Perlindungan Peribadi 2010, data peribadi seorang individu itu adalah dilindungi sepenuhnya.
Jika kebocoran dilakukan oleh pihak yang diwartakan melindunginya, maka tertakluk kepada seksyen 45 dan 46, seseorang pengguna data yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Jadi data peribadi ini sebenarnya sangat “peribadi” bagi seorang individu itu malah ia banyak berkait rapat dengan kehidupan seharian. Dengan bocornya maklumat peribadi bermakna korang mendedahkan diri kepada “indvidu tidak dikenali” malah boleh menjadi ancaman dan sebagainya. Ini termasuk aspek keselamatan, anak-anak, pekerjaan dan lain-lain lagi.
So lepas ini sila hati-hati ya menjawap sebarang kuiz dinyatakan. Mungkin ingin seronok tetapi mendedahkan diri kepada bahaya.
Satu lagi, kalau nak tahu sama ada data peribadi korang dah terdedah atau belum, kadang kala korang akan mendapat panggilan telefon yang memperkenalkan dirinya dari syarikat ABC X dan sebagainya tetapi korang tak pernah beripun nombor korang kepadanya.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...