BIADAB. mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang remaja lelaki yang sanggup menumbuk seorang lelaki tua, si penjual roti apabila tindakannya mengambil roti tanpa membayar dihalang.
Sanggup Tumbuk Pakcik Tua Sebaya Bapanya!
Tular video di laman sosial yang telah menimbulkan reaksi geram kerana tindakan remaja terbabit. Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat hampir seribu lebih komen daripada para netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya.
Ads
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan remaja lelaki itu dilihat mengambil beberapa bungkusan roti yang digantung dan terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Sedar dengan perbuatan pemuda itu, pakcik peniaga roti terbabit dilihat mengejar lelaki itu untuk mengambil semula roti-roti jualannya. pemuda berkenaan seperti enggan melepaskan semula roti yang diambil malah menyembunyikan di belakang badannya.
Paling sadis, lelaki itu bertindak menyerang peniaga tersebut dengan menghayunkan tangannya ke arah dada peniaga tersebut dan terus beredar.
Ads
Penulis paling sedih melihat video pakcik tua ini memegang dan mengusap dadanya yang telah ditumbuk oleh remaja lelaki berbaju merah itu. Mungkin kesan daripada tumbukan itu masih terasa sakitnya. Emmm
Netizen Turut Rasa Kesal & Marah
Rata-rata warganet jelas kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemuda itu malah dilabelkan sebagai biadab.
Ads
Bagi penulis adab itu harus ditanam dalam setiap diri remaja sekarang agar tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di masa hadapan. Tak salah kan minta kalau tiada wang pun.
Sumber : Facebook Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun sudah ada yang menjadi mangsa, namun pihak berkuasa masih menganggap keadaan tetap terkawal buat masa ini.
Kira-kira jam 5 petang tadi, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan di mana 15 orang pelajar mula mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas akibat pencemaran udara.
Kesemua mereka kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Bercakap dengan rakan media di BERNAMA mengenai punca sebenar insiden tersebut, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya kini mensyaki ia disebabkan gas beracun.
“Simptom ini kelihatan mirip gas beracun atau gas organik yang mudah meruap seperti insiden di Sungai Kim Kim (juga di Pasir Gudang, Johor),” kata beliau.
Masih terlalu awal untuk sebarang penutupan sekolah yang terlibat. Apa yang penting sekarang bagi beliau adalah untuk melihat maklumat seperti jenis ketoksikan dan tahap pendedahan pencemaran.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebudayaan Johor iaitu YB Muhd Huzair Abu Bakar pula berkata kerajaan negeri Johor sedang terus memantau keadaan di Pasir Gudang agar berada pada tahap stabil.
Kualiti udara di sini dianggap masih baik. Masih belum ada keperluan untuk membuka bilik gerakan (seperti yang berlaku ketika kes pencemaran udara di Sungai Kim Kim awal tahun ini) kerana jumlah mangsa masih terkawal.
“Saya berharap agar penduduk di Pasir Gudang tidak panik kerana pihak berkuasa tempatan, JAS dan BOMBA sentiasa memantau keadaan semasa udara di sini.”
Pada Mac lalu, pencemaran toksik di Sungai Kim Kim telah menyebabkan penutupan 111 buah sekolah di Pasir Gudang setelah 4,000 orang didapati jatuh sakit akibat pencemaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini viral apabila pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin dituduh menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi video YouTube-nya.
Kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai Veveonah Mosibin kononnya tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika videonya tular memanjat pokok telah menerima pelbagai persepsi.
Veveonah didakwa menjawab ‘mencipta story’ sukar mendapat capaian internet semasa perlu menduduki peperiksaan.
Tak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri pula berkatadirinya dan para pegawai telah membuat siasatan di Sabah dan mengiyakan dakwaan yang dikeluarkan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin, di akaun Facebook-nya.
Menurut beliau, ibu bapa Veveonah sudah terlalu lama tidak tinggal di Kampung Sepatalang seperti yang didakwa Ketua Kampung Sepatalang, Elwin Madisa dan ketua kampung Bilangau Besar, Edward Upak di Daerah Pitas, Kota Marudu.
Timbalan Menteri Kewangan I itu juga berkata, Veveonah dan keluarganya menetap di pekan Pitas yang mempunyai perkhidmatan internet dan bukannya di Kampung Sepatalang seperti yang didakwa.
Posting tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh beliau.
Datuk Zahidi Zainul Abidin
Hannah Yeoh Tampil Ke Hadapan
Terkini, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Hannah Yeoh tampil mengecam tindakan dua Timbalan Menteri terhadap pelajar perempuan itu dan melabel tindakan mereka berdua sebagai buli siber.
Menerusi akaun Twitter-nya, ahli parlimen Segambut itu menyifatkan apa yang dilakukan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abd Rahim Bakri itu tidak seharusnya timbul.
Malah, beliau juga kesal dengan tindakan berdiam diri daripada Datuk Seri Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) mahupun daripada timbalan menterinya.
Buli siber dalam konteks zaman sekarang membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain.
Biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain serta mengugut.
Emmm…penulis rasa macam complicated pula kes Veveonah ni. Tapi tiada sebarang kenyataan daripada pelajar Sabah ini pula ye?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benar, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah kayu pengukur kepada kecemerlangan hidup seseorang selepas menamatkan zaman persekolahan.
Ada sahaja insan yang berjaya melanjutkan pelajaran biarpun keputusan SPM tidaklah begitu memberansangkan. Malah ada juga yang membuka lembaran baharu setelah memasuki alam pekerjaan.
Namun, bagaimana pula dengan nasib pelajar pintar yang telah berusaha untuk mencapai keputusan SPM cemerlang namun akhirnya terpaksa akur tidak layak mendapatkan slip keputusan masing-masing disebabkan kesalahan sendiri sewaktu menduduki peperiksaan SPM?
Itulah yang berlaku kepada 15 calon SPM 2021 dari Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) setelah dua rayuan yang dihantar kepada Jawatankuasa Khas Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan gara-gara tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan SPM telah ditolak, baru-baru ini.
Kes tersebut dibawa ke dalam sesi perbincangan Jawatankuasa Khas Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 Lembaga Peperiksaan bagi meneliti rayuan kali kedua daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SAS.
Menurut laporan, kesemua bukti telah diteliti semula dan diperhalusi demi memberikan keputusan yang adil kepada semua pihak. Malah, 15 calon berkenaan juga telah membuat pengakuan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengekalkan status BATAL ke atas kesemua 15 calon yang pada waktu itu menduduki peperiksaan mata pelajaran Sejarah.
Ini demi mempertahankan prinsip keadilan kepada calon-calon SPM 2021 dan kepada calon-calon SPM pada tahun-tahun berikutnya.
Kes ini bertukar tular setelah seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh memuat naik surat keputusan yang dikeluarkan oleh LP menerusi Facebook dan mempersoalkan nasib 15 calon berkenaan.
Menurutnya, kesalahan tersebut dilakukan secara tidak sengaja susulan waktu peperiksaan kertas Sejarah 2 yang dimulakan secara lewat di sekolah itu. Lalu, Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sesi peperiksaan secara kelam-kabut sehingga mengakibatkan calon juga masuk dalam keadaan tidak teratur dan kurang bersedia.
Tambah Mohd Fadli, Ketua Pengawas yang bertugas di SAS juga gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa barang terlarang ke dalam dewan peperiksaan. Ini menyebabkan 15 calon tersebut terlupa mengeluarkan telefon bimbit yang dibawa masuk.
Hanya sewaktu peperiksaan berjalan, Ketua Pengawas mengumumkan supaya pelajar menyerahkan telefon bimbit masing-masing sambil berjanji untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka. Lalu, calon bertindak jujur dan menyerahkan telefon bimbit mereka.
Malangnya, tindakan serius tetap diambil.
Akibat tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksan SPM ini; 15 calon berkenaan tidak layak mendapat sijil SPM, perlu menduduki peperiksaan ulangan, tidak layak memohon UPU, tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti dan tidak layak memohon biasiswa setelah kertas sejarah mereka dibatalkan.
Untuk pengetahuan, bagi melayakkan calon-calon SPM mendapatkan sijil peperiksaan, mereka perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
*
Adakah korang merasakan kes ini berlaku disebabkan kecuaian calon dan pengawas bertugas sewaktu sidang peperiksaan dilangsungkan? Ataupun ia berlaku disebabkan sikap tidak ambil peduli atau ignorant oleh pihak calon itu sendiri terhadap peraturan yang perlu dipatuhi?
Apa jua pendapat yang dikeutarakan, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada kes ini agar kesalahan atau kecuaian yang sama tidak diulangi pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...