Remaja Cedera Parah Dan Maut Gara-gara E-Skuter Terbakar Dalam Lif

Share

Kalau korang perasan, pengunaan skuter elektrik ataupun escooter kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.

Namun, satu berita yang tidak menarik didengar apabila seorang pengguna  e-skuter yang lebih dikenali sebagai Personal Mobility Device (PMD) di negara jiran kita, Singapura telah terbakar dalam sebuah lif dan menyebabkan seorang lelaki maut.

Menerusi perkongsian di laman facebook Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan pihak polis telah mendapat laporan tentang kebakaran tersebut kira-kira jam 11:25 malam pada 3 Jun lepas di tingkat dua sebuah flat di Woodlands, Singapura.

Mangsa kebakaran yang berusia 20 tahun itu telah dibawa oleh pihak pegawai SCDF ke Khoo Teck Puat Hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada mulanya, mangsa masih dalam keadaan sedar ketika dalam perjalanan ke hospital tetapi akhirnya meninggal dunia akibat cederanya yang parah.

Malah, hampir 90 orang penduduk flat tersebut telah dipindahkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga. Penduduk di flat tersebut juga telah membantu untuk memadamkan api yang sedang marak di lif tersebut dengan beberapa baldi air sebelum pegawai SCDF tiba.

Dimaklumkan hal ini berlaku dipercayai kerana berpunca daripada modifikasi ecotter yang mangsa bawa. Pihak SCDF turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang modifikasi kepada PMD, terutamanya PMD bukan jenis UL2272, bagi mengelakkan perkara-perkara sedemikian berlaku yang boleh membahayakan masyarakat.

Sebuah infografik tentang cara untuk mengelakkan kebakaran PMD turut telah disertakan oleh pihak SCDF.

Sebelum ini menurut laporan Malaysia Gazette, di Malaysia mulai 1 Januari 2021, mana-mana penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 dan maksimum RM1,000 untuk kesalahan ulangan atau berdepan hukuman penjara tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Facebook SCDF

Published by
Nana