Remaja Cipta Topeng Muka Mesra OKU, Khas Untuk Golongan Kurang Pendengaran

Share

Sejak penularan virus COVID-19 yang semakin merisaukan, membuatkan perniagaan yang sekarang tengah ‘laku keras’ adalah penutup hidung dan mulut, penjualannya pun semakin mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, dalam kenyataan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, pemakaian topeng muka di tempat awam mungkin tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti koronavirus. Namun, ia boleh menghentikan individu yang positif daripada menjangkiti orang lain.

Tapi orang pernah terfikir tak, bagaimana nasib orang OKU yang terpaksa memakai facemask?

Jadi seorang remaja berusia 21 tahun terpanggil untuk  menghasilkan topeng muka yang mesra OKU pendengaran telah dihasilkan Ashley Lawrence, seorang pelajar di Amerika Syarikat.

Mereka diajar untuk membaca gerak bibir bagi memahami yang cukup diucapkan. Apabila mulut ditutup, memahami “perbualan” asal menjadi sukar dan mungkin membahayakan nyawa mereka sekiranya ia berlaku di hospital dan mereka perlu mendapatkan rawatan.

Beliau mengubahsuai topeng wajah tiga lapis biasa dengan tingkap kecil yang diperbuat daripada plastik. Pada waktu ini beliau menggunakan dana peribadi untuk menghasilkannya bagi kegunaan di hospital. Namun begitu beliau telah mula mengumpul dana menerusi laman biayasama GoFundMe bagi membolehkan lebih banyak topeng dihasilkan dan diedarkan secara percuma.

So mungkin kita boleh ceduk idea remaja ini, untuk dipraktikkan di negara kita dan bermanfaat kepada OKU pendengaran.

Sumber : Globalnews 

 

Published by
Nana