Hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada remaja 19 tahun yang mencuri tabung masjid baru-baru ini telah pun diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

BACA: Viral Remaja 19 Tahun Curi Tabung Masjid Kerana Datuk Sakit, Rupanya…

Menurut Bernama, hakim Abd Halim Aman berkata, sebaliknya hukuman penjara dan denda ke atas Daniel Iskandar itu digantikan dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dengan tumpuan di masjid-masjid.

Pihak yang merakam dan yang menularkan video Daniel juga disarankan untuk membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada remaja itu dan masyarakat umum demi menjernihkan keadaan.

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid
Foto: Berita Harian

“Mahkamah menyedari akan tempoh penjara yang telah dijalani oleh tertuduh selama 10 hari dan denda RM4,000 yang telah dijelaskan, namun demi masa depan tertuduh serta untuk mempunyai rekod kesalahan yang bersih, keputusan ini perlu disampaikan,” kata hakim Abd Halim Aman.

Daniel perlu melapor diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari dari hari ini dan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya Daniel tidak melakukan perintah itu, dia boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan boleh dihukum mengikut peruntukan asal.

Ads

Berdasarkan hujah timbalan pendakwa raya, barisan peguam dan tertuduh serta nota catitan dan keterangan ketika prosiding, pihak mahkamah mendapati hukuman yang direkodkan adalah silap dan keterlaluan.

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid
Foto: FMT

“Pada masa yang sama hukuman itu tidak menunjukkan bentuk pemulihan dengan fakta jelas menunjukkan tertuduh adalah pesalah pertama dan telah mengaku salah.

“Apa yang dilakukannya hanyalah cubaan mencuri dan tiada kerugian yang dialami pihak masjid,” jelasnya.

Rata-rata warganet menyifatkan hukuman ini adalah setimpal dan wajar bagi memberikan kesedaran buat si pelaku.

Ads

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid

Ads

Remaja Curi Tabung Masjid Diarah Lakukan Kerja Masyarakat Selama 120 Jam Di Masjid

Semoga dengan hukuman dan kejadian yang berlaku ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada remaja tersebut.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI