Isu scammer menipu orang ramai bagaikan tiada kesudahan. Muncul dengan pelbagai idea baru untuk terus menarik perhatian orang tapi kes yang terjadi di Kuching Serawak ini agak aneh juga sebab pastinya ia bukan berkaitan dengan soal duit.
Ads
Remaja berusia 20 tahun didakwa sebagai Shah Hairil Izman Dave, menyamar sebagai ‘doktor’ Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Doktor palsu itu telah memperdaya kakitangan hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu kerana berpakaian kemas termasuk bertali leher sama seperti penampilan seorang doktor. Malah, ‘Dr’ Shah Hairil Izman turut menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.
Ads
Namun ‘tembelang’nya pecah apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.
Ads
Tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang. Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.
Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahu atau denda jika disabit kesalahan.
Adeh…tak ada masalah cari masalah namanya ni…Hmm mungkin cita-cita nak jadi doktor mungkin…hmm
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ramai yang tertanya-tanya bilakah sesi pengajian baru akan dimulakan di sebalik sesi persekolahan yang belum diketahui, Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengumumkan kemasukan pelajar baru akan dimulakan bermula 1 Julai ini.
Mesyuarat khas Menteri-menteri mengenai perlaksaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.
KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun, pengecualian diberikan kepada 5 kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP seperti berikut.
Dengan Serta Merta
Pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera. Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.
Tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Pelajar semesta/ tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus.
Pelajar dalam kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020.
Pelajar semesta /tahun akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran yang tak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Pelajar kategori ini dibenarkan untuk pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020 dan menggunakan infra struktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.
Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu dapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran adalah dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.
Bagi sesi akademik 2020/2021 di semua Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat sijil, asasi dan diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepas STPM dan setaraf.
Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut.
Kemasukan pelajar sijil dan diploma, Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020.
Kemasukan pelajar asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di IPTS seawal 1 Julai 2020
Kemasukan pelajar asasi dan diploma di Universiti awam, seawal 1 Ogos 2020 dan
Kemasukan pelajar ijazah sarjana dan pasca siswazah MOD,penyelidikan di university awam dan IPTS seawal 1 Oktober 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banjir besar yang melanda Malaysia tidak hanya memberi kesan kepada kediaman dan harta benda peribadi. Malah ia turut memusnahkan jutaan buku yang ditenggelami air.
Kira-kira dua hingga tiga juta buah bahan bacaan dilaporkan rosak di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House yang terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indah dekat Shah Alam akibat banjir teruk yang melanda Selangor tempoh hari.
Menurut pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books iaitu Andrew Yap, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.
Namun berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah disahkan rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan. Begitu juga dengan peralatan gudang yang memakan kos yang tinggi. Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan gudang dan pembuangan bahan bacaan yang rosak ini sedang dilaksanakan.
Selain kedai buku BookXcess di Wolf House ini, setakat ini kesemua 14 cawangan BookXcess di seluruh negara serta BookXcess Online & Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.
Walaupun kehilangan jutaan bahan bacaan, pihak gudang Big Bad Wolf dan BookXcess difahamkan masih terbuka hati untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat bencana banjir besar pada bulan ini.
Sayu hati kan melihat jutaan buku rosak ditenggelami air dan terpaksa dilupuskan. Bencana banjir besar ini benar-benar menguji seluruh rakyat Malaysia. Semoga apa yang berlaku memberi hikmah agar kita lebih bersyukur dengan segala kelebihan yang diperolehi selama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dengan situasi kenaikan harga barangan basah di Malaysia sekarang, tidak hairanlah harga makanan serta minuman mula dinaikkan oleh pengusaha restoran
Khabarnya, menu wajib rakyat Malaysia iaity roti canai juga akan menerima nasib sama seawal akhir Jun ini. Pengusaha restoran mamak di Lembah Klang dijangka menaikkan harganya pada kadar 20 sen hingga 50 sen sekiranya harga bahan mentah terus meningkat.
Kongsi Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) iaitu Datuk Jawahar Ali Taib Khan, ini berikutan kenaikan harga seguni tepung gandum seberat 25 kilogram. Jika sebelum ini, harganya diletakkan pada kadar RM45, kini ia dijual pada harga RM65.
“Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum akhir Jun ini. Bagaimanapun, sebarang kenaikan harga makanan akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya semalam.
Buat pengusaha restoran di sesetengah kawasan pula, harga roti canai telahpun mereka naikkan sejak dua minggu lalu. Namun, harga baharunya tidaklah sedrastik yang disangka. Ada roti canai yang telah dinaikkan harga dari RM1 kepada RM1.20 hingga RM1.50 bersesuaian dengan kos penyediaannya.
Adakah kawasan korang juga mengalami kenaikan harga roti canai ini? Hhm..
Jika korang tidak sanggup untuk membayar lebih untuk hidangan seperti roti canai, apa kata korang sediakan sendiri di rumah je.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...