Ish..macam-macam hal lah…
Isu scammer menipu orang ramai bagaikan tiada kesudahan. Muncul dengan pelbagai idea baru untuk terus menarik perhatian orang tapi kes yang terjadi di Kuching Serawak ini agak aneh juga sebab pastinya ia bukan berkaitan dengan soal duit.
Remaja berusia 20 tahun didakwa sebagai Shah Hairil Izman Dave, menyamar sebagai ‘doktor’ Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Doktor palsu itu telah memperdaya kakitangan hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu kerana berpakaian kemas termasuk bertali leher sama seperti penampilan seorang doktor. Malah, ‘Dr’ Shah Hairil Izman turut menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.
Namun ‘tembelang’nya pecah apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.
Sumber : Astro Awani