Remaja Hasilkan Gaun Dari 1400 Biji Mangga Kerana Geram Hasil Tanaman Tidak Terjual.

Share

Geram kerana lebih 5’000 kilogram buah mangga hasil tanaman di ladang ibu dan bapanya tidak boleh dipasarkan kerana tidak menepati piawaian pasar raya, seorang remaja perempuan di Queensland, Australia telah mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi mangga tersebut kepada satu busana yang boleh dipakai.

Jessica Collins yang berada di tahun 12 persekolahan, mendapat idea tersebut setelah menerima tugasan projek seni untuk subjek rekaan dan teknologi.

Jessica dalam balutan gaun rekaannya. Sumber Gambar: via Perfection

Menggunakan mesim membersih tekanan tinggi, gadis tinggi lampai ini menggunakan lebih 1400 biji buah mangga dan setelah biji tersebut dikeringkan, ia kemudian dibahagikan kepada dua untuk dijadikan bentuk kelopak pada rekaan gaun.

Dalam temubual bersama BBC, “Demi projek ini, saya menggunakan keseluruhan dapur dan sebahagian ruang tamu. Projek ini dilakukan lebih kurang tiga ke empat bulan. Ramai yang mengatakan saya gila, namun saya berpuas hati apabila melihat hasilnya. Ramai yang terkejut melihat bagaimana hasil biji manga boleh diolah menjadi baju.”

Sumber Gambar: via Perfection

Menerusi projek ini, dia berharap agar dapat membawa kesedaran bahawa buah-buahan yang tidak memenuhi piawaian pasar raya ini sebenarnya elok untuk dimakan, cuma bentuknya sahaja tidak sempurna.

***P/S – Membazir amalan syaitan.

Sumber: BBC

Sumber gambar utama: ABC Sydney

Published by
Fiezreen