Remaja Ini Jadi Model Transgender Pertama Untuk Victoria’s Secret, “Model Tulen” Bengang Tak?

Share

 

Kalau korang mengikuti perkembangan jenama pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret dan berminat dengan pertunjukan fesyennya pada akhir tahun, pastinya korang pernah membaca tentang komen salah seorang eksekutif atasannya yang pernah memberi komen negatif mengenai model transgender.

 

 

Pada tahun lalu, eksekutif L Brands yang menguruskan jenama Victoria’s Secret telah dikecam teruk apabila beliau memberitahu rakan media di Vogue US bahawa model transgender (lelaki yang menukar jantina kepada wanita) dan model plus sized tidak sesuai untuk menyertai pertunjukan fesyen Victoria’s Secret.

Semuanya gara-gara imej model tersebut yang tidak “menepati impian para pemerhati fesyen”.

It is not what they dream of seeing“, kata beliau.

Tetapi nampaknya, semua itu telah bertukar dalam tempoh setahun!

Hujung minggu lalu, Victoria’s Secret dilaporkan telah menanda tangani model transgender pertamanya. Perkenalkan, Valentina Sampaio, 22 yang merupakan model transgender dari Brazil.

Dia didapati memuat naik beberapa keping foto di sebalik tabir pembikinan photoshoot dengan Victoria’s Secret.

Valentina bukanlah nama asing dalam dunia fesyen. Sebelum ini, model bermata hijau itu telah menjadi model transgender pertama untuk diletakkan di cover

hadapan majalah Vogue Paris pada tahun 2017.

Sepanjang Valentina bergelar remaja dan model, dia belum pernah menjadi mangsa diskriminasi. Menurutnya, ibu, ayah, guru dan para nelayan di tempat tinggalnya selalu menghormati keputusannya untuk menukar jantina. Malah sejak berusia 12 tahun, dia sudah menyuruh orang di sekeliling memanggilnya dengan nama Valentina.

Respon Model Victoria’s Secret

Perkembangan ini membuatkan penulis tertanya apakah respon daripada rakan-rakan model Victoria’s Secret daripada kalangan “wanita tulen”.

Salah seorang daripada mereka iaitu Lais Ribeiro (juga berasal dari Brazil) menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Valentina di media sosial.

“Transgender pertama untuk diambil oleh VS! Ia membuatkan saya sangat gembira!” – Lais Ribeiro

“Nantikan kemunculannya.” – Cora Harrington

“Tahniah Valentina!” – Sui He

Walaupun Valentina diterima baik oleh rakan-rakannya, namun pertunjukkan fesyen Victoria’s Secret pada tahun ini masih kekal dibatalkan seperti yang pernah diumumkan pada pertengahan tahun ini.

 

 

Published by
FZ