Ramai pelancong Malaysia ke Seoul Korea selalu lebih rela berlapar..
Kalau tak pun, mereka hanya menjamu selera di restoran Turki yang mahal, beli kebab, pergi ke restoran Indonesia (juga mahal) atau makan mee segera yang dibawa dari Malaysia.
Semuanya gara-gara was-was sama ada makanan di Seoul itu Halal atau tidak. Memanglah kita perlu memeriksa jika Halal, tapi tak ke rugi kalau dah ada di sana dan enggan mencari makanan Korea yang Halal?
Ini dia 8 jenis makanan ‘street food’ yang perlu korang cuba kalau berada di Myeondong, Seoul menurut remaja ini. Tak adalah pergi sana nak shopping je tapi perut berbunyi tanda lapar! Hehe
Gyeran Bbang
Bau dia je dah buatkan korang terliur! Ada dua jenis sebenarnya, satu setakat roti telur biasa yang sedap. Kalau korang nak lebih kenyang lagi, cari vendor yang menjual Gyeran Bbang dengan kekacang, badam dan sunflower seeds. Harga: RM5.00
Kentang Putar
Nampak complicated tapi senang je konsep menu ni. Ia adalah kentang yang diputar dan ditaburi serbuk keju. Memang terangkat kalau korang rasa panas-panas semasa musim sejuk. Minta je ahjussi tu taburkan serbuk ekstra. Harga: RM5.00
Sotong Bakar
Juga antara makanan popular di Myeongdong. Pilih mana-mana paket sotong kering dan hulurkannya kepada peniaga. Mereka akan membakar secara on-the-spot untuk korang. Harga
: RM18.00
Croissant Taiyaki
Comel sangat bentuk ikan tu! Ia ibarat karipap tetapi mempunyai pelbagai pilihan inti. Antara yang paling digemari adalah keju dan ubi keledek. Harga: RM7.50
Pisang Goreng Special
Kalau di Malaysia kita popular dengan Pisang Goreng Cheese, di Seoul mereka menyukai hidangan pisang dengan sos coklat, sprinkle warna-warni dan hirisan badam. Tapi satu hidangan macam tak kenyang. Harga: RM7.50
Yachae Mandu
Jangan risau, ia Halal kerana menggunakan minyak sayuran. Malah, inti dumpling juga terdiri daripada sayur saja. Harga: RM2.50
Hotteok
Snek manis dan lembut dengan inti gula perang, kacang dan serbuk kayu manis. Rasa macam apam balik campur pancake pun ada disebabkan gula perang. Harga
: RM7.50
Banana Crepe
Siapa yang tak sukakan nutella?! Walaupun agak mahal, tetapi kami juga rasakan ia berbaloi kerana saiznya yang besar dan korang boleh memilih inti. Harga: RM18.00
..dan semua akan terliur bila melihat orang lain menjilatnya sambil berjalan. Aiskrim kon sepanjang sekaki ni memang popular di Myeongdong kerana terdapat perisa coklat, strawberi, teh hijau dan vanila.