Remaja Jepun Komen Tentang Malaysia, Tapi Bab Tandas Awam Tu Sangat Memalukan!

Share

Sempat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Malaysia selama 5 bulan, membuka mata remaja Jepun ini tentang keunikkan negara kita.

Gadis Jepun ini ditemu bual oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Kuala Terengganu dan juga fasih berbahasa Jepun, saudara Ridzwan Mahazan memuat naik rakaman menemu bual rakannya dari Jepun yang pernah menuntut di Malaysia, menanyakan beberapa soalan yang dipetik dari Twitter mengenai Malaysia.

Menerusi temu bual itu, Yuna berkata orang di Malaysia mempunyai sikap yang baik seperti mesra dan tidak sombong. Mula-mula dia sampai ke Malaysia semua dah tegur jadi dia tak rasa malu sangat.

Antara perkara lain mengenai Malaysia, Yuna menggemari pencuci mulut Malaysia iaitu cendol sehingga menggunakan nama Instagram, @yuna_cendol. Yuna juga menyatakan jalan raya di Malaysia ‘menakutkan’ kerana jarak antara kereta yang bergerak terlalu rapat dan hal itu boleh mengakibatkan kemalangan.

Yuna turut ditanya pelbagai soalan yang dipetik dari Twitter antaranya makanan kegemaran, lokasi percutian dan keadaan cuaca di Malaysia.

Tapi apa yang menarik dan mengejutkan ialah bila Yuna Sato ditanya mengenai tandas di Malaysia. Yuna sejujurnya mengakui tidak menyukai kebersihan tandas di negara ini.

Menurut Yuna dia suka tinggal di Malaysia cuma bab tandas yang dibiarkan basah tanpa mengeringkannya itu sedikit menganggunya.

“Ada paip air dalam tandas kan? Kita basuh guna air paip kan. Lepas tu kita biar macam tu saja. Biar dia basah macam tu,” kata Yuna yang pernah menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Yuna menambah, sepanjang lima bulan berada di Malaysia beliau sedikit terseksa dengan situasi itu sehingga perlu membawa segulung tisu di dalam beg sebelum masuk ke tandas.

Selain mengenai tandas, Yuna turut mengadu kelewatan memulakan kuliah pengajian di universiti adalah salah satu perkara yang tidak disukainya apabila ditanya mengenai keburukan sikap orang Malaysia.

Aduh, malu pula penulis bila orang asing kata negara kita tak bersih dan tak masa kita tak punctual

Jadi harap-harapnya kita boleh la membuka mata dan mengambil memperbaiki segala kekurangan. Come, let’s work together! let’s make a better nation together!

Published by
Nana