Berita

Remaja Kehilangan 6 Insan Tersayang Akibat Kemalangan, Kini Bergelar Siswa! Tahniah

Share

Seorang remaja yang tular kehilangan sekeluarga dalam kemalangan maut, Abdul Rahman Amir Ruddin, kini melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi (IPT).

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu saudara di TikTok, siswa berusia 20 tahun itu dilihat menjinjit beg berisi kelengkapan asrama di kolej kediaman Universiti Islam Selangor (UIS) tanpa kehadiran ahli keluarga kandung di sisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta Sejarah! Graduan Cemerlang Ini Raih Lebih 5 Anugerah Berprestij Sepanjang Pengajian. Tahniah!

“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdul Rahman),” tulisnya.

Menerima lebih 23 ribu jumlah tontonan, menerusi video tular berdurasi 41 saat itu warganet mendoakan kejayaan Abdul Rahman.

“Alhamdulillah. Kejar cita-citamu Aman. Semoga perolehi segulung ijazah,” komen seorang pengguna.

“Rasa sebak pula, melangkah sendirian. Biarpun ditemani ibu saudara dan terpisah sementara pulak dengan Dollah. Tahniah Aman, semoga di permudahkan pembelajaran di UIS,” komen lagi pengguna lain.

“Selamat menuntut ilmu Aman. Semoga mendapat Anugerah Dekan setiap semester,” tulis pengguna lain.

Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu Malaysia dikejutkan kemalangan yang menimpa meragut nyawa enam sekeluarga iaitu bapa Amir Ruddin Ismail, ibu, Norahimah Noor Muhamad; anaknya Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah, dan Muhammad Assyakrawi.

Bagaimanapun, hanya seorang adiknya iaitu Abdullah, 16, terselamat. Pada hari kejadian Abdul Rahman tidak bersama keluarganya kerana ada urusan lain.

Enam sekeluarga yang menaiki Perodua Alza itu dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital kini sihat sepenuhnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Tinietine4

IKLAN