Tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh pihak polis dengan kerjasama tentera untuk menangani sikap degil orang ramai yang masih berkeliaran tanpa arah tujuan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menambah malang kebanyakan ditangkap ini terdiri dari orang dewasa membawa ke golongan remaja.
Mungkin ramai tak ambil peduli, sentiasa pandang remeh tapi risiko besar menanti bagi golongan remaja yang engkar dan degil.
Perkongsian dari satu fb atas nama Haji Asmadi Haji Amir mengenai nasib remaja yang ditangkap time PKP ini boleh kita jadikan renungan. Jangan kerana kita engkar dan berasa tidak bebas dalam masa sebulan ini tapi akhirnya kita terpenjara 6 bulan lamanya. Lagi lama dari kebebasan yang kita cari itu.
Lebih sedih, rekod kita sebagai akan kekal sebagai pesalah dan bagi yang nak mohon mana-mana kerja kerajaan, peluang sudah tertutup secara rasminya kerana ada rekod tersebut.
Bacalah perkongsian ini. Jadilah anak muda yang berwawasan dan berdisiplin tinggi. Kata orang, buat baik ramai orang sayang.
Ads
Asssalamualaikum, sekadar peringatan bersama dari kami warden penjara.
Penjara kini mula menerima pesalah-pesaah PKP kategori juvana & dewasa. Setiap hari pasti ada kemasukan. Saya merayu saudara mara, sahabat handai agar menjaga anak masing-masing.
Sedih tengok bebudak remaja khususnya bangsa kita yang akhirnya menjadi tetamu dalam tembok ni. Kesalahan mereka kecik sahaja jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah lain yang lebih berat. Tapi kesannya hinga ke akhir hayat. Sebenarnya mereka tak layak untuk duduk bersama penjenayah-penjenayah lain. Tapi apa boleh buat, kesalahan ini di kategorikan sebagai kesalahan jenayah.
Untuk makluman tuan-tuan, apa yang anak-anak ini akan rugi: #mereka terasing dengan keluarga sehingga tamat perintah PKP. Keluarga tak dibenarkan buat perjumpaan. #rekod sebagai banduan akan kekal hingga ke akhir hayat. Tak berpeluang untuk jawat jawatan kerajaan. Tentera, polis, penjara jauh sekali. Sayangnya ada antara mereka amat berpotensi.
# walau hukuman maksimum 6 bulan, bagaimana dengan persediaan bagi mereka yang ambil UPSR, PT3, SPM dan lain-lain. Pasti banyak yang tertinggal. #dalam masa PKP ni, pasti tak banyak program pemulihan banduan yang berlangsung seperti sebelum-sebelum ini. Tambahan tugas anggota penjara telah dihadkan. Rumusannya mereka sekadar ‘disimpan’ untuk dilepaskan.
Mohon semua awasilah anak masing-masing. Sayangilah masa depan mereka.
Ads
So Remaja ada aktiviti yang korang boleh buat, lets la join dapat hadiah tau.
Ads
Lets get creative ➕ active❣️
Sama ada korang berada di rumah ataupun hostel, REMAJA nak lihat bagaimana korang habiskan masa sepanjang tempoh PKP ini. 😎
.
• Muat naik video [ 1 minit ] & tunjukkan aktiviti korang di rumah/hostel
• Pastikan akaun public
• Sertakan caption menarik & #RemajaDengarKata #RemajaCare
.
ANY content okay, nak menyanyi, nak menari, nak buat vlog, nak timelapse – asalkan duduk di rumah/hostel. 💌 10 video paling menarik akan memenangi hadiah special daripada REMAJA.
#majalahremaja
#remaja
Senang je kan?so apa tunggu lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak corona virus yang menyerang dunia seakan tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Setakat ini lebih 750,000 penduduk dunia sudah djangkiti dan kadar kematian juga mencatatkan angka bukan sedikit.
Pasti ramai orang yang sedang risau dengan pandemik Covid-19. Ini kerana virus ini merupakan suatu perkara baru dalam dunia perubatan, kita juga sedang mempelajari satu demi satu fakta baru tentang jangkitan ini dari hari ke hari. Setakat tempoh sehingga Mac 2020, kita dapat lihat kadar kematian sekitar 1% daripada semua kes yang dilaporkan.
Namun, peratusan ini mungkin lebih tinggi kerana terdapat beberapa negara yang tidak mempunyai kapasiti untuk menyaring kebanyakan kes yang sebenarnya dialami dalam sempadan mereka atas pelbagai faktor kekangan semasa.
Beberapa laporan dari China dan negara-negara Eropah telah dapat mengenal pasti beberapa kumpulan yang berisiko tinggi. Satu fakta yang boleh membuatkan ramai orang lega adalah sekitar 80% kes akan sembuh tanpa memerlukan rawatan yang kompleks dan ramai juga dalam kelompok ini yang tidak mengalami apa-apa gejala yang merbahaya.
Namun begitu, pesakit-pesakit tanpa gejala atau dengan gejala yang ringan mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi. Dengan lebih ramai orang yang dijangkiti, kita amat risau sekiranya bilangan ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh kapasiti servis kesihatan kita. Atas sebab itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga yang drastik untuk melindungi kumpulan yang berisiko tinggi.
Berikut adalah kumpulan berisiko yang harus kita semua cuba lindungi:
1) Golongan berumur
Hampir semua pemerhatian dari kadar kematian di pelbagai kawasan di China menunjukkan sesuatu yang konsisten. Kebanyakan kes kematian atau kes-kes yang lebih kritikal melibatkan kumpulan usia yang lebih tinggi. Pemerhatian awal di Wuhan yang membandingkan kes-kes yang dibenarkan discaj dan kes-kes kematian mendapati purata umur kes-kes kematian adalah 17 tahun lebih tua.
Negara Itali juga dikenali sebagai antara negara Eropah yang mempunyai kumpulan warga tua tertinggi di benua tersebut. Kebanyakan institusi kesihatan global bersetuju golongan berumur 65 tahun ke atas menghadapi risiko untuk kesan yang lebih serius mahupun kematian.
2) Sejarah penyakit kronik
Definasi penyakit kronik adalah penyakit jangka panjang yang memerlukan kawalan dan sukar/tidak dapat diubati. Secara lazimnya, kita mendengar tentang penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Pemerhatian daripada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) China yang menilai kesemua pesakit yang diuji positif dengan Covid-19 menunjukkan kesemua pesakit dengan sejarah penyakit-penyakit yang disebut di atas adalah lebih berisiko tinggi sekiranya menghidap Covid-19. Tambahan lagi, sejarah masalah kesihatan pernafasan (respiratori) dan juga barah (kanser) juga dilihat mempunyai lebih risiko sebagai kes kritikal/kematian.
Terdapat juga masalah kesihatan lain seperti penyakit autoimmune yang memerlukan rawatan dengan ubatan steroid/kawalan imuniti dan pesakit HIV (terutama yang belum mendapat rawatan anti-viral atau tidak patuh dengan ubatan) yang juga perlu berjaga-jaga.
3) Obesiti/sejarah merokok
Kaitan dengan dua faktor risiko di atas adalah kurang jelas. Kerana jumlah pesakit yang diuji positif adalah terlalu tinggi dan ramai antara mereka terlalu serius, data tentang sejarah merokok berdarkan kiraan pek/tahun dan data tepat BMI pesakit-pesakit ini amat sukar diperolehi. Kajian yang berbeza juga menggunakan definasi perokok yang berlainan berdasarkan kiraan pek/tahun menjadikan data ini sukar untuk diperhalusi untuk masa kini.
Namun begitu, pemerhatian awal di Itali dan China menunjukkan penglibatan kes kritikal dan kematian kaum lelaki melebihi kaum wanita dan orang dewasa berbanding kanak-kanak yang agak selari dengan populasi perokok di kedua-dua negara. Pemerhatian ini cukup untuk kita memberitahu para perokok yang mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kadar obesity dan kebrangkalian populasi ini untuk memiliki masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
JADI APA YANG KITA PERLU LAKUKAN?
1) Lindungi warga tua, samada ahli keluarga ataupun dalam kejiranan kita. Kurangkan keperluan untuk mereka keluar buat masa ini dan kita bantu mereka dapatkan bahan keperluan mereka. Dalam masa yang sama memastikan jarak sosial dan nasihat kebersihan tangan sekiranya berinteraksi dengan mereka.
2) Ramai orang muda kita alpa dengan kepentingan saringan kesihatan. Tahun demi tahun, kita melihat umur pesakit yang diberi diagnosis kencing manis dan tekanan darah tinggi beransur semakin muda kerana pilihan gaya hidup yang tidak sihat.
Diet yang tidak seimbang dan kekurangan aktiviti fizikal hanyalah sebahagian daripada masalah yang menyumbang kepada pemerhatian ini. Tambah teruk, ini adalah golongan yang tidak tahu tentang risiko mereka sendiri. Gunakan masa anda di rumah untuk menyusun semula diet yang lebih seimbang dan cuba lakukan aktiviti fizikal sedikit demi sedikit untuk kembali ke berat badan ideal. Selepas reda wabak ini, cari masa untuk lakukan saringan kesihatan anda.
3) Berhenti merokok. Kalau anda ada masa untuk bimbang yang virus ini adalah teori konspirasi sesuatu negara, bukankah rokok itu teori konspirasi lebih besar yang menyumbang kepada masalah jantung, angin ahmar, pelbagai jenis barah, masalah pernafasan dan sekarang kita tambah lagi golongan berisiko untuk apa-apa jangkitan kuman? Tiada kebaikan yang dating daripada merokok.
4) Juga yang lebih penting, ikut nasihat pihak berkuasa untuk mengurangkan risiko jangkitan dan cuba untuk memutuskan rantaian jangkitan di negara kita. Kebersihan tangan, etika batuk dan penjarakan social adalah nasihat yang sangat penting dan semua ini hanya akan berjaya sekiranya setiap antara kita memainkan peranan masing-masing.
Semoga dengan keprihatinan pihak berkuasa dan peranan anda semua menjalankan tanggungjawab anda, kita dapat mengatasi wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.
Rujukan:
1. Wu Z, McGoogan JM. Characteristics of and important lessons from the coronavirus disease 2019 (COVID-19) outbreak in China: summary of a report of 72314 cases from the Chinese Center for Disease Control and Prevention.
JAMA2020. doi:10.1001/jama.2020.2648 pmid:32091533
Zhou F, Yu T, Du R, et al. Clinical course and risk factors for mortality of adult inpatients with COVID-19 in Wuhan, China: a retrospective cohort study.
Lancet2020. doi:10.1016/S0140-6736(20)30566-3 pmid:32171076
Livingston E, Bucher K. Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) in Italy.
JAMA2020. doi:10.1001/jama.2020.4344. pmid:32181795
Jordan Rachel E, Adab Peymane, Cheng K K. Covid-19: risk factors for severe disease and death BMJ 2020; 368 :m1198
Sumber : Ini Sains Beb
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan The Muslim 500 untuk tahun 2019, remaja Palestin yang viral selepas video menampar seorang ahli tentera Israel iaitu Ahed Tamimi diangkat sebagai wanita Islam paling berpengaruh.
Ahed yang baru berusia 17 tahun menerima anugerah ‘Muslim Woman of the Year’ atas keberaniannya berdepan dengan pencerobohan haram tanah di Palestin.
Kisah Ahed yang viral disebabkan penyebaran video tersebut dan kemudian kisahnya yang dipenjarakan untuk sementara waktu oleh tentera rejim itu berjaya membuka mata dunia akan masalah yang dihadapi oleh warga Palestin pada setiap hari.
Ini kerana bukan Ahed saja yang menjadi mangsa tangkapan. Pada tahun 2018 saja, seamai 6,489 orang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera Israel. Dan daripada jumlah tersebut, 140 orang daripada terdiri daripada wanita manakala 1,063 orang merupakan remaja bawah usia.
Kisah Ahed tidak sia-sia apabila ia menjadi punca pembongkaran tangkapan tak berdosa di bawah kuasa rejim dan disebabkan itulah, banyak negara seluruh dunia menggesa agar Israel dikenakan tindakan.
*****
Remaja yang bercita-cita menjadi seorang peguam ini terdahulu menjadi viral sebagai seorang ikon aktivism pada tahun 2012 apabila foto dia menggertak tentera dengan satu tumbukan tersebar.
Ia terjadi apabila tentera Israel cuba untuk menangkap adiknya, dan rentetan daripada peristiwa itu, Perdana Menteri Turki pada iaitu Recep Tayyp Erdogan menjemput Ahed ke Istanbul untuk menganugerahkan sekalung pingat.
Pada tahun 2015 pula, timbul video Ahed mengigit tangan ahli tentera kerana adiknya tadi dicekik. Jelas tentera Israel terkejut dengan tindakan Ahed di dalam video tersebut.
Dan kini, Ahed belum berhenti daripada menjadi seorang aktivis remaja. Masih ramai remaja Palestin yang dipenjarakan termasuklah adik-beradiknya sendiri.
Dalam pada itu, The Muslim 500 juga memilih Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia setelah kecemerlangan beliau kembali memegang tanggung jawab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Tahniah Tun & Ahed Tamimi!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumlah kes bunuh diri terkini di Malaysia amat membimbangkan.
Lapor KKM kes bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-4 kematian bagi mereka yang berumur daripada 15 hingga 29 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan di seluruh dunia terdapat lebih daripada 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun, dengan purata 1 kejadian bunuh diri setiap 40 saat.
Malah, pada tahun 2019, satu dalam 100 kematian (1.3%) adalah disebabkan bunuh diri. Hmm….
Ia jelas menunjukkan kadar tekanan tinggi yang kini dihadapi masyarakat Malaysia mungkin akibat isolasi, tiada sebarang bentuk sokongan emosi atau merasa tertekan dengan situasi hidup. Ada juga yang dikhuatiri merasa hilang harapan, bosan dengan kehidupan sekarang dan merasa kehadiran mereka membebankan keluarga. Keadaan ini membuatkan ramai mula mengambil serius untuk memainkan peranan dalam memberikan kesedaran tentang situasi kes bunuh diri yang semakin kritikal.
Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang jatuh pada 10 September iaitu hari ini. “Bertindak Segera, Harapan Terbina” menjadi tema kita.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Tema ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mental, disamping mengajak masyarakat berganding bahu ke arah pencegahan tingkah laku bunuh dan mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental.
Selain itu, KJ turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia juga sentiasa bersama mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental. Menerusi kempen Let’s Talk Minda Sihat, KKM telah bekerjasama dengan 20 NGO untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan. Jangan simpan atau pendam bersendirian, kami sedia membantu.
Ini kami senaraikan antara talian yang boleh dihubungi untuk menawarkan perkhidmatan bantuan psikologikal
1. Talian kasih
Menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan seperti kaunseling, penderaan, perlindungan, pembuangan bayi, childline dan lain-lain.