Hari ini, heboh di media Indonesia bila mana seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Zakaria, warga desa Keputon Blado, Batang, Jawa Tengah ditemui meninggal dunia di rumahnya dalam keadaan tergantung.
Apa yang sangat mencetuskan misteri, saat mayatnya ditemui sesuatu yang sangat mengejutkan, Zakaria mengenakan kebaya lengkap berwarna putih selain memakai tudung, lagak seperti seorang wanita Muslimah sedangkan dirinya adalah lelaki.
Kejadian menggemparkan ini membuatkan cerita ini heboh dan cepat merebak. Berusia 18 tahun dan merupakan siswa kelas 3 SMK Bandar, remaja ini mengakhiri hidupnya dengan penuh tragis. Merupakan anak kepada pasangan Musafk dan Tarumi ini sejak kecil tinggal bersama datuk dan neneknya.
Malah dikatakan dirinya amat ramah menegur jiran tetapi agak pendiam. Malah semalam, dia sempat mengikuti kelas pengajian di kampungnya. Motif dirinya membunuh diri masih tidak diketahui, begitu juga misteri dirinya mengenakan kebaya sambil menggantung diri.
Jenazahnya selamat dikebumikan di kampungnya. Namun misteri mengapa arwah berkebaya kekal menjadi pertanyaan bagi penduduk setempat.
12 Selebriti Lelaki Ini Berdarah Kacukan, Mana Satu Paling Handsome?
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan selebriti yang berdarah kacukan mempunyai keunikan dan rupa paras yang menawan.
Namun begitu, ada di antara selebriti kacukan ini yang mungkin korang sendiri tak tahu mereka mempunyai darah campuran.
Berikut kami senaraikan antara selebriti lelaki yang berdarah kacukan. Hm patulah helok. Hiks!
1. Hans Isaac
Filipina + Sepanyol + India + Serani
2. Harris Baba
Pakistan + Cina + India
View this post on Instagram
Loving my new haircut and shave ? Thk u @huuk_barbershop ??
A post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on
3. Keith Foo
Cina + India
4. Bront Palarae
Melayu + Punjabi + Pakistan + Siam
5. Henry Golding
Inggeris + Iban
View this post on Instagram
HONG KONG bound this weekend ?? first time in years ?? ?: @coveteur
A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on
6. Sam Bunkface
Melayu + Inggeris
7. Ashraf Sinclair
Melayu + Inggeris
View this post on Instagram
For a better future #miraclesofcapital #moc #capitalmechanism
A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on
8. Zain Saidin
Melayu + Inggeris
9. Zul Ariffin
Melayu + Belanda
10. Miller Khan
Melayu + Arab + Cina
View this post on Instagram
By @haddyelnath n @andychunchun . #photography #beautyshot #headshot
A post shared by Miller Khan (@miller_khan) on
11. Idris Khan
Melayu + Pakistan
12. Erwin Dawson
Melayu + New Zealand
Amacam, onz tak onz?
Rezeki Terindah Ramadan, Pelawak Fad Bocey Bakal Timang Cahaya Mata Kelima
Tahniah buat Fad Bocey dan isteri!
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kelima.
Perkhabaran gembira itu dikongsi isteri tercintnya, Syaheera Rahman di akaun TikTok miliknya selain sempat juga menitipkan doa buat wanita yang menantikan zuriat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan
“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan keterujaan dan ucapan tahniah daripada warganet di atas rezeki yang telah diberikan olehNy.
Selain ada segelintir yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata turut memohon doa agar diberikan rezeki yang sama sepertinya kelak.
“Doakan selepas ini rezeki saya pula,” komen seorang pengguna.
“Doakan saya juga ya. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi Alhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu,” komen juga pengguna lain.
“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah sahaja selama ini, komen pengguna lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, dan Ibrahim Jibriel.
SUMBER FOTO: Instagram Fad Bocey
Korang Boleh Beli Produk Mekap SELENA GOMEZ Di Sephora Tak Lama Lagi
Trend selebriti Hollywood bertukar menjadi mogul jenama kosmetik semakin berluasan.
Terbaru, Selena Gomez bakal melancarkan jenama Rare Beauty hasil inspirasi nama album terbarunya, Rare.
Selena terlebih dahulu memuat naik teaser di Instagram pada hari ini. Peminat Selena giat ‘membuat kerja’ untuk merungkai teaser tersebut dan ternyata, jenama Rare Beauty itu boleh didapati di Sephora tak lama lagi.
Bagaimanapun, kami masih belum pasti sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia pada waktu yang sama atau tidak.
Selena Gomez turut bercakap mengenai pengenalan tersebut menerusi video Instagram Live.
“Saya akan melancarkan Rare Beauty setelah 2 tahun menyiapkannya.
“Saya telah berjumpa dengan rakan kongsi dan pasukan yang betul untuk memperkenalkan jenama kosmetik yang boleh diterima oleh korang semua.”
Produk Untuk Lelaki Pun Ada
Menurutnya penyanyi Lose You To Love Me itu, dia juga inginkan produknya dipakai oleh lelaki dan perempuan untuk menyerlahkan lagi diri sendiri, bukannya untuk cuba menjadi orang yang lain.
Secara tidak langsung, ia membezakan Rare Beauty dengan jenama kosmetik selebriti lain seperti Fenty Beauty (Rihanna) dan Kylie Cosmetics (Kylie Jenner).
Buat masa ini, akaun Instagram @rarebeauty telahpun memiliki 1.1 juta pengikut. Wow!
Tak sabar nak tunggu kategori produk bagaimana yang akan dilancarkan oleh Selena Gomez.
*
Agak-agak, adakah nama produk itu nanti sama dengan lagu nyanyian Selena, kawan baiknya atau ex-boyfriend-nya…?
Adakah Single Terbaru Selena Gomez Untuk – Hhm- Akhirnya Lepaskan Justin Bieber?