Jika di benua Asia, orang Muslim kita tak perlu berwaspada dari segi penampilan ketika melawat negara jiran.
Nak pakai skirt, pakailah. Nak pakai tudung, silakan. Untung sangat dengan kebebasan tersebut kerana kita masyarakat yang saling menghormati kepercayaan dan adat masing-masing.
Tapi lain senarionya jika korang berada negara Eropah, terutamanya bagi perempuan berhijab. Walaupun dunia bergerak ke hadapan dari segi kecanggihan namun pemikiran orang Barat terhadap perempuan berhijab masih di takuk kuno.
Ini kerana isu Islamofobia masih tebal di kalangan sesetengah orang Barat yang memandang pemakaian hijab dan menutup aurat kepalan sebagai di luar kebiasaan.
Ia terbukti berlaku di dewan parlimen Perancis pada minggu ini.
Satu rombongan lawatan sambil belajar dianjurkan oleh sebuah sekolah di sana dan ia turut disertai seorang wanita berhijab yang ingin menemani anak lelakinya.
Apa yang berlaku adalah kenyataan oleh seorang ahli politik Perancis bernama Julien Odoul. Beliau telah mencetuskan kemarahan di media sosial apabila video beliau melontarkan kata-kata provokasi terhadap wanita itu tersebar.
Dalam kenyataannya, Julien memetik prinsip sekular di Perancis susulan pembunuhan empat anggota polis bulan ini oleh kakitangan mualaf radikal.
Beliau turut meminta wanita itu menanggalkan hijabnya setelah tak selesa dengan pemakaian wanita Muslim itu.
*
Ramai mungkin beranggapan wanita itu akan memberikan reaksi negatif. Namun sebaliknya yang berlaku.
Dia hanya tersenyum dan terusik dengan provakasi Julien. Dia turut cuba menenangkan anak lelakinya yang dilihat sudah hampir menitiskan air mata.
Insiden ini tidak ‘backfire’ terhadap wanita itu. Sebaliknya orang ramai yang hadir memberikan tepukan kepadanya.
Ini termasuklah Speaker Parlimen Marie-Guite Dufay yang mengkritik tindakan Odoul. Beliau mengatakan tiada undang-undang Perancis atau Parlimen yang menghalang orang awam memakai tudung. “Ini adalah satu tindakan kebencian dan apa yang beliau lakukan itu tak bermaruah.”
ARTIKEL BERKAITAN: Respek! Dek Tercabut Tudung, PemainLawan Buat Benteng Lindungi Aurat Hijabi
*
Sedih kan bila soal diskriminasi latar belakang, agama dan penampilan ini masih menjadi igauan sesetengah masyarakat dunia.