Kematian individu yang bernama George Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat dengan seruan agar keganasan pihak polis serta sikap perkauman dihentikan.
George Floyd adalah lelaki berkulit gelap yang telah meninggal dunia selepas seorang pegawai polis Minneapolis ‘melutu’ di atas lehernya selama beberapa minit. Mangsa dalam keadaan tertiarap sambal menjerit “saya tidak boleh bernafas”, namun ia tidak dipedulikan.
Susulan daripada kejadian ini, ada segelintir remaja di luar negara melakukan satu trend di media sosial yang disebut sebagai ‘George Floyd Challenge’.
Namun begitu, cabaran itu dikenakan tindakan oleh pihak media sosial kerana hasil carian #GeorgeFloydChallenge telah pun hilang di Facebook dan di Instagram pula, ia turut mendapat amaran ‘Hashtag is Hidden’.
Pihak polis telah menyiasat gambar yang dikongsi di media sosial dengan menunjukkan dua orang lelaki meniru kematian George Floyd baru-baru ini.
Siasatan yang dijalankan mendapati pegawai polis telah menahan dua orang lelaki yang berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki melakukan provokasi yang menjurus kepada kegelisahan serta gangguan kepada masyarakat dan keluarga mangsa.
Namun, kesemua tahanan telah dibebaskan dengan jaminan. Walau bagaimanapun, isu ini dipandang serius dan pihak polis sedang menyiasat kesemua remaja yang telah melakukan challenge
ini.Haih, macam-macamlah. Isu serius seperti ini pun boleh dibuat main. Jangan ada masyarakat Malaysia yang cuba main challenge ini pula ya. Awas!
Sumber: 9gag