Terbaru, kempen Remaja On Road yang dibawakan khas oleh REMAJA dan jenama terkenal, Kewpie kembali memeriahkan suasana Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 April, semalam.

Menariknya, kali ini REMAJA memilih Fakulti Komunikasi & Bahasa Moden, UPM Serdang sebagai lokasi pilihan untuk menjayakan siri inspirasi buat para pelajar universiti.

Antara pengisian utama yang mencuri tumpuan Remaja Youth Talk kali kedua ini bertemakan ‘Refresh & Reflect: To Stay Fit & Healthy In My Busy Schedule’ bersama kehadiran barisan panelis hebat dari industri hiburan dan kulinari.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Chef selebriti dan pempengaruh, Chef Zam Kamal, serta pelakon dan podcaster berbakat, Safwan Nazri turut tampil berkongsi pandangan dan pengalaman mereka tentang kepentingan membentuk tabiat sihat walaupun sibuk dalam kehidupan seharian.

Sesi perkongsian ini dikendalikan dengan suasana mesra dan santai pengacara televisyen meningkat naik, Irfan Syahmi yang turut bertindak sebagai moderator.

Bercakap mengenai perbincangan tema topik ‘Refresh & Reflect: To Stay Fit & Healthy In My Busy Schedule’, menurut Safwan, beliau tidak terlalu menjaga gaya hidup sihat sepanjang masa tetapi disebabkan sibuk dengan pelbagai aktiviti, ia sedikit sebanyak membantu diri untuk kekal sihat.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

“Jujur saya cakap, bagi siapa yang mengenali saya, saya adalah seorang yang kuat makan. Kalau cakap nak stay healthy itu mungkin kurang tapi disebabkan jadual saya. Saya anggap itu yang buatkan saya sangat ‘fit’,” kata Safwan.

“Saya aktif dalam sukan seperti pergi gym, main pickleball, badminton. Jadi sifat fit itu macam dah tolong cover sikit gaya hidup sihat itu. Kalau nak ikut cara saya makan memang tak sihat sebab saya sekarang sudah bulat sangat,” jelas Safwan yang terkenal sebagai hos podcast Sembang Seram.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Ads

Dalam pada itu, semasa sesi soal jawab bersama pelajar, Safwan teruja dengan pertanyaan salah seorang pelajar yang khawatir mengenai berat badan dan stamina terkini.

“Muda lagi tapi dah fikir tentang berat badan.Bagus! Sebab tidak semua orang ada mentaliti macam ini”

Menurut Safwan, setiap pelajar perlu ada pemikiran untuk sentiasa tampil sihat dan bersemangat pada setiap masa kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga akan mempengaruhi kerjaya pada masa akan datang.

“Kalau awak pointer bagus, belajar cemerlang. Kekalkan! Tapi kalau bina kerjaya nanti, kadang-kadang ada bos mahu pekerja yang kelihatan lebih sihat. Jadi tak salah kalau korang tampil dengan badan tidak berisi,” ujar Safwan.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Seterusnya antara segmen paling ditunggu-tunggu iaitu #SelfLoveCamp bersama Chef Zam Kamal. Dalam sesi ini, Chef menunjukkan demonstrasi penyediaan menu sihat dan mudah disediakan iaitu ‘Mayo Chick Lemon Wrap’ menggunakan produk jenama terkenal daripada Jepun, Kewpie.

Paling menyeronokkan seramai lima orang pelajar bertuah diberi peluang untuk terlibat naik ke pentas dan turut serta menyediakan hidangan bersama Chef.

Ads

“Bagi saya produk Kewpie ini memang bagus dan sesuai untuk para pelajar sebab produk ini tidak mengandungi bahan tambahan MSG,” kata Chef Zam semasa sesi demonstrasi penyediaan makanan sihat.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

“Dalam makanan yang kita sediakan kali ini, memang cukup khasiat sebab ada fiber, protein dan karbohidrat. Cukup sihat untuk semua orang makan tetapi ingat pastikan ia disediakan mengikut porsi yang sesuai dan berpatutan,” nasihatnya.

Sempat mengingatkan para pelajar, Chef Zam yang juga pempengaruh media sosial turut berkongsi fakta bahawa golongan wanita khususnya perlu mengkongsumsi pengambilan sayur dengan lebih banyak kerana ia sesuai keseimbangan kesihatan tubuh badan.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Alang-alang menyeluk pekasam, meh REMAJA kongsi dengan korang bahan dan cara penyediaan menu yang disediakan oleh Chef Zam:

Bahan-Bahan Wrap:

Ads
  • 8 keping roti jenis wrap
  • 1 bahagian dada ayam yang telah dibakar (Cef sediakan lebih awal di rumah dengan memerap ayam bersama KEWPIE Mayonnaise dan KEWPIE Sesame Dressing).

Bahan Perapan:

  1. 2 sudu KEWPIE Mayonnaise
  2. 1 sudu sos tiram

iii. 2 biji bawang putih

Kesemuanya dibakar menggunakan air fryer selama 8 ke 10 minit pada suhu 160 Celsius.

Bahan-Bahan Salad:

  • Kubis ungu
  • Daun salad
  • Timun
  • Lobak
  • KEWPIE Sesame Dressing

Bahan-Bahan Sos Lemon Mayo:

  • Setengah cawan KEWPIE Mayonnaise
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu jus lemon

 

Cara Penyediaan:

  1. Potong dada ayam dan salutkan bersama KEWPIE Sesame Dressing. Untuk pengetahuan, KEWPIE Sesame Dressing tidak mengandungi sebarang bahan MSG dan dijamin 100% Halal. Chef gunakan bahan ini kerana ia mempunyai tekstur ‘dressing’ yang berkrim dengan perisa kekacang atau nutty flavor.
  2. Untuk salad, campurkan kesemua bahan dan perasa bersama sedikit lada hitam. Kalau nak sediakan salad kosong seperti ini tanpa wrap atau ayam, korang boleh juga gunakan KEWPIE Sesame Dressing.
  3. Untuk sos, campurkan kesemua, kacau dan parutkan sedikit kulit buah lemon. Kalau nak tahu, KEWPIE Mayonnaise Japanese Style ini adalah mayonnaise yang diminati di Jepun sejak 1925 lagi. Produk yang dijamin 100% Halal dan mengandungi kandungan protein tertinggi di antara produk KEWPIE. Selain untuk menu sandwich atau burritos ini, anda juga boleh menggunakan KEWPIE Mayonnaise ini untuk menyediakan salad atau dijadikan sos cicah.
  4. Letakkan sos ke atas wrap dan isi wrap dengan dada ayam sebelum gulung mengikut kreativiti.

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Remaja On Road Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat Guna KEWPIE

Sekadar info, Remaja On Road merupakan sebuah inisiatif khas daripada Majalah REMAJA untuk mendekati golongan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Program ini mengetengahkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Youth Talk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting dalam suasana yang santai, penuh ilmu dan inspirasi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI