Okay, berapa ramai di kalangan korang yang pernah menjalinkan hubungan menerusi online terlebih dahulu?
* Haa baik mengaku cepat! *
Lebih-lebih lagi semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baru dan sedang berlangsung sekarang di Malaysia, semakin ramai remaja yang memilih platform online untuk cuba mencari pasangan.
Semudah swipe ke kanan, siapa yang tak nak kan?
Namun, disebabkan oleh hubungan secara online ini, semakin banyak kes catfish yang berlaku!
Catfish adalah perbuatan menipu seseorang yang kita minati dengan menggunakan profil dan gambar orang lain semata-mata untuk mendapatkan seseorang. Kini dengan aplikasi canggih seperti Face App, lagi bertambahlah kes catfishing yang berlaku di Malaysia.
DAN, remaja seperti korang adalah mangsa yang paling mudah tertipu!
Nah, ini adalah 5 petanda korang mungkin dah kena catfish menerusi aplikasi Face App.
01
Tidak Mahu Lakukan Panggilan Video
Ads
Yes, ini adalah petanda besar. Ini kerana panggilan telefon dan panggilan video akan membongkarkan identiti sebenar mereka. Pecah lubang lah gaiss!
Mereka akan mengeluarkan alasan tiada data internet yang mencukupi ataupun servis panggilan (line) mereka teruk. Sekiranya mereka enggan dihubungi menerusi FaceTime atau telefon, hhm, kamu mungkin berdepan dengan kes catfish.
02
Hubungan Berkembang Terlalu CEPAT
Berapa lama masa yang diambil oleh korang untuk mula berkongsi perkara peribadi ataupun mengucapkan ‘I love you’ kepada seseorang itu? Lama kan?
Tetapi tidak dengan pelaku Catfish. Ini kerana mereka ingin cuba memerangkap korang secepat mungkin. Selepas beberapa kali berbalas mesej di DM ataupun WhatsApp, mereka dengan mudah sekali telah jatuh cinta dengan korang dan ingin menghabiskan seumur hidup dengan korang.
Sekiranya korang rasa apa yang diucapkan mereka itu tidak masuk akal, it probably is.
Ads
03
Tiada Media Sosial Popular
Peliklah sekiranya seseorang itu tidak mempunyai akaun Instagram, Facebook, Twitter ataupun TikTok pada zaman ini. Semua orang kini mempunyai salah satu daripada akaun tersebut. Sekiranya mereka mendakwa tiada akaun media sosial, ini adalah antara petanda mereka tidak berlaku jujur.
Ada juga situasii catfish di mana mereka mempunyai akaun media sosial namun tidak mempunyai followers yang ramai ataupun mempunyai zero-post. Hhm, pelik!
04
Mulai Meminta Bantuan Wang
OKAY, sekiranya seseorang sudah mula berani untuk meminta wang Ringgit selepas beberapa kali berbalas mesej, GET OUT OF THAT CONVERSATION. Sekarang!
Jangan sesekali beralah untuk memberi mereka duit ataupun nombor akaun bank.
Ads
05
Cerita Mereka Kedengaran Terlalu ‘Sempurna’
Pernah tak seseorang itu menceritakan mengenai betapa liarnya hubungan lama mereka bersama exes masing-masing. Bagaimana mereka telah menerokai dunia pada usia muda, dan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya.
Hhm, tidak pelik pun sebenarnya untuk seorang remaja itu berasal daripada keluarga berada. Namun orang yang mempunyai kemewahan tidak akan menceritakan mengenai kemewahan mereka tidak semena-mena kepada orang yang baru mereka kenali.
Jika korang mulai curiga dengan cerita-cerita mereka, tanyakan soalan mengenainya kepada mereka. Jangan mudah percaya.
*
Kami bukanlah nak menghalang niat korang untuk mencari jodoh di alam maya. Cuma please berhati-hati semasa date secara online.
Lagipun, we too had our fun dengan aplikasi Face App.
Pemain bola sepak sensasi kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan dengan kekasih pilihan hati yang juga merupakan seorang pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya, Safawi, 25 dan Syifa, 28 telah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan oleh bapa Syifa, Amirol Melvin Abdullah dan abang ipar Syifa, Shaheizy Sam.
Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa mankala wang hantaran pula tidak didedahkan.
Majlis berlangsung indah dalam dekorasi berkonsep taman dengan semua tetamunya menyarungkan persalinan serba putih dan menutup aurat (mengikut kod pakaian yang tertera pada kad jemputan). Sementara itu, Safawi dan Syifa molek mengenakan persalinan sedondon berona nude.
Majlis yang ditayangkan secara langsung di saluran YouTube The Melvins milik adik-beradik Syifa terlebih dahulu dapat dihidu oleh penggiat media biarpun ia tidak dihebahkan.
Ini setelah para penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baharu’ buat Safawi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru baru-baru ini sebagai ucapan mereka buat penyerang kegemaran mereka itu.
Tidak lama kemudian pada malam kelmarin, foto kad undangan majlis resepsi mereka bertarikh 3 Disember 2022 tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Jangkaan pihak media ternyata tepat apabila pasangan tersebut akhirnya menunjukkan jari masing-masing yang siap berhias inai malam kelmarin di majlis berinai yang dilangsungkan.
Difahamkan, majlis ijab kabul semalam dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat termasuklah barisan selebriti tempatan seperti Uyaina Arshad dan suami, Raja Shahiran; Nabila Razali, Riena Diana dan tentunya kakak Syifa sendiri, Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam. Tetamu turut dihiburkan oleh Syamel dan Ernie Zakri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih romantik dan penyayang antara salah satu sebab mengapa gadis Melayu lebih memilih lelaki berbangsa Cina sebagai kekasih hati. Maklumlah, baru-baru ini tular di laman Tiktok apabila ramai wanita Melayu tampil mendedahkan suami dan kekasih mereka yang bermata sepet ini.
Klip-klip tular itu turut menayangkan layanan manis dari jejaka-jejaka tersebut kepada pasangan mereka. Hal ini mengundang perhatian ramai wanita solo yang merasakan mungkin selama ini mereka tersalah pilih pasangan dari bangsa yang sama.
Sean Lee yang ditemui di pelancaran koleksi jam tangan terbaru dari jenama Alba semalam turut berkongsi pendapatnya tentang isu hangat ini.
“Pada pendapat saya, kami (lelaki Cina) bila bercinta memang akan kejar wanita idaman kami sampai dapat dan jaga dia sebaik mungkin,
“Kami juga tak suka beri janji kosong kepada kekasih hati. Kalau abang cakap abang delete, memang betul abang delete,” selorohnya kepada media.
Beliau yang turut akui bahawa dirinya pernah bercinta dengan gadis Melayu suatu ketika dahulu turut memberi pendapatnya tentang perbezaan apabila menjalinkan hubungan dengan wanita Melayu dan wanita Cina.
“Berdasarkan pemerhatian saya, wanita Melayu kebanyakannya dibesarkan dengan penerapan sifat lemah lembut, keayuan dan cara menjadi isteri yang solehah. Manakala, wanita yang dibesarkan oleh Chinese family akan lebih cenderung untuk fokus dengan karier dan pendidikan mereka,
“Bagi saya kedua-dua cara dibesarkan tiada salah. Masing-masing ada kelebihan tersendiri,” jelasnya lagi.
Baginya, perkara itu terserah kepada citarasa lelaki tersebut kerana jika mereka inginkan pasangan yang lemah-lembut dan manja, gadis Melayu mungkin pilihan terbaik.
Namun sekiranya mereka mahukan pasangan yang lebih berdikari dan sentiasa sibuk mengejar impian, majoriti gadis berbangsa Cina mempunyai kriteria tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, tapi kalau dah jatuh hati dengan seseorang individu tu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan untuk korang terus mencintainya.
Namun selepas beberapa ketika, barulah korang tersedar dan terfikir sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.
Berikut merupakan 9 tanda-tanda bahawa korang telah pun mendapatkan suami yang ideal.
1. Susah senang bersama
Lelaki sejati bukan hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada bersama-sama korang untuk memberikan sokongan dan menyelesaikan segala masalah bersama-sama.
2. Sediakan makan malam sendiri
Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tak perlu hidangkan makanan yang istimewa, kalau ada suami yang sediakan telur goreng dengan kicap je pun dan boleh buat perempuan senyum lebar.
3. Sentiasa menyokong
People make mistakes. Lelaki yang supportive tak akan terus menghukum perempuan di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun mungkin memang benar korang salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.
4. Selalu alert
Ini bukan bermaksud pasangan korang tahu setiap pergerakan atau baju warna apa yang korang pakai pada lima hari lepas.
Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri korang. Dia tahu lagu favorite korang dan dia juga tahu setiap obsesi korang pada sesuatu perkara.
5. Bukan hanya pintar, tapi bijak
Untunglah kalau ada boyfriend yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah.
Jika calon suami boleh memberikan nasihat di saat korang mempunyai salah faham dengan keluarga, ini memang sangat bertuah.
6. Dia tahu untuk ceriakan korang
Jika korang dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali suasana. Dia akan berlawak jenaka, memberi sokongan dan melakukan apa saja untuk menggembirakan korang.
Bertuahnya badan..
7. Pandai berkompromi dan berunding
Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.
8. Tidak akan membiarkan korang dalam kesusahan
Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tak akan membiarkan korang menghadapi kesusahan seorang diri dan menjadikan masalah tersebut sebagai keutamaan mereka.
9. Pendapat korang sentiasa diperlukan
Hubungan suami isteri nanti bukan saja bermakna harus tinggal sebumbung, malah korang juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Tapi, ini tak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri tau.
Jelas sekali memilih pasangan yang ideal itu perlu untuk menyempurnakan kehidupan bersama nanti. Setiap lelaki mempunyai keunikan dan kelebihan yang berbeza-beza.
Jika korang sudah mempunyai calon suami seperti kriteria di atas, tahniah kami ucapkan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street) berubah wajah menjadi dunia pasca-apokaliptik daripada The Last of Us sempena siri promosi...