Jika sebelum ini dua kanak-kanak meninggal dunia akibat termakan keropok beracun.
Terkini seorang remaja berusia 13 tahun berdepan detik cemas selepas nyaris maut dipercayai termakan biskut bercampur dengan racun di Kampung Dadong, Kemaman, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, beliau mengesahkan kejadian tersebut apabila pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang tadi.
Difahamkan, remaja tersebut telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang.
Sebelum kejadian, mangsa Mohd Daynail Haikal Alias bersama-sama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa untuk memancing kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera yang diikat pada sebatang kayu di kebun itu.
Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras berkata kejadian tersebut diketahui olehnya selepas isterinya, Roslina Ahmad memaklumkannya. Alias, 57 tahun berkata anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih selepas memakan biskut yang diambil dari kebun berkenaan.
Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anaknya bertindak membawa Mohd Daynail ke sebuah klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan. Bagaimanapun Alias bersyukur kerana anaknya kini sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital. Kes akan disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Hati-hati guys, jangan makan makanan atau minuman yang dibiarkan di tempat terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN : Ragu-Ragu Hukum Inai ‘Mesra Wuduk’ Yang Tengah Viral. Ini Jawapan Mufti
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.