Remaja Perempuan 17 Tahun Ini ‘VIRAL’ & Satu Dunia Mengenalinya, Dia Terkenal Kerana BERANI

Share

Ada kala, situasi dalam sesebuah negara yang tidak pernah merasai kesusahan, peperangan, bencana dan lain-lain musibah sering kali membuatkan rakyatnya bersenang lenang tanpa belajar erti keperitan.

Seharusnya kita belajar bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati dan agar tidak lupa terus berdoa kepada Allah SWT untuk pemantapan iman kerana itulah bekalan di akhirat kelak.

Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ini adakalanya menjadi mimpi indah bagi sesetengah negara khususnya di Palestin, Syria dan beberapa negara yang diancam perang dan kebuluran.

Jika kita sering “berbalah” kerana perempuan perampas suami orang, artis atau instafamous yang pakai barang fake, instafamous yang dapat 7G1E yang kemudian menyalahkan sekolah, ada sesuatu yang harus kita belajar tentang Ahed Tamimi, gadis berusia 17 tahun ini yang menjadi viral seluruh dunia.

Ahed menjadi ikon bagi remaja perempuan yang berani menentang tentera Israel

 

Remaja kongsikan kisah ditulis oleh Dr Syahr Rahman di fbnya yang menceritakan keberanian Ahed. Sebagai umat Islam, kita harus berbangga dengan dirinya. Dirinya adalah inspirasi buat remaja lain yang harus berbuat sesuatu dalam kehidupan mereka. Ukuran berjaya dalam pelajaran bukan penentu kejayaan tetapi jadikan Ahed Tamimi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan agama dan menentang zionis kejam iaitu Israel.

Dalam kita dok viral kisah gadis Melayu berumur 17 tahun InstaFamous berpendapatan mencecah RM12-ribu sebulan, ada baiknya kita jenguk ‘jiran’ kita yang punya seorang gadis berumur 17 tahun (tarikh lahir 31 Januari 2001), bernama Ahed Tamimi, yang baru saja dibebaskan daripada tahanan penjara Israel kelmarin (28 Julai 2018) setelah melalui tempoh 8 bulan tahanan kerana protes terhadap tentera Israel.

Pada tahun 2012 (usia 11 tahun) Ahed telah mendepani tentera Israel yang menangkap ibunya – videonya viral seluruh dunia. Kemudian video yang menunjukkan Ahed mengacukan penumbuk ke arah tentera Israel yang menangkap abangnya viral seantero dunia. Pada tahun 2015, Ahed sekali lagi menggemparkan dunia dengan tindakan beraninya mendepani tentera Israel yang memukul adik lelakinya.

Dari kecil Ahed sudah menunjukkan keberanian menentang tentera Israel tanpa rasa gentar atau takut nyawanya melayang ditembak

 

Mungkinkah kita ada remaja begini yang sebegitu berani seperti Ahed yang tahu untuk membela bangsanya yang ditindas kekejaman Israel?

 

Lihat dia tidak gentar dari usianya kecil. Ahed remaja perempuan yang harus dicontohi oleh rakan sebayanya

 

Tiada langsung rasa gentar di wajahnya saat melawan tentera Israel

 

Gambarnya menjadi viral kerana keberanian dipertontonkannya

 

Ahed menjadi ikon keberanian remaja Palestin mendepani Israel, sehinggakan dijemput berceramah tentang “No Child Behind Bars/Living Resistance” di USA dan Turki. Israel jadi takut kepadanya, bayangkanlah…

Disember 2017, tentera Israel telah menembak sepupu Ahed, bernama Muhammad, menyebabkan sebelah matanya buta. Ahed yang marah telah berani memarahi tentera tersebut secara berdepan dan menampar tentera tersebut, mengakibatkan penahanan Ahed pada malam 17 Disember 2017 dan dijatuhkan hukuman tahanan 8 bulan.

Ahed semasa perbicaraan di mahkamah Israel yang memutuskan dia ditahan 8 bulan kerana menampar dan menendang tentera Israel

 

Pembebasannya beberapa hari lalu disambut bagai wira oleh penduduk Palestin

 

Ahed layak diangkat ikon remaja, bukan kecoh-kecoh pasal instafamous salahkan sekolah dapat 7G1E atau artis pakai barang fake. Ahed berjuang demi agamanya, ISLAM dan negaranya, Palestin

Kata Ahed, selama 8 bulan dalam penjara, dia dan rakan-rakan remaja yang lain membaca buku dan belajar tentang Undang-undang Antarabangsa (International Law) dan Hak Asasi Manusia (Human Rights) dan bercita-cita menjadi seorang peguam. Ditanya mengapa Ahed sangat berani walaupun dia seorang gadis, Ahed memberi jawapan, “What does not kill us makes us stronger.”

Sepatutnya generasi kita kenal Ahed Tamimi ini sebagai inspirasi dan motivasi, sifat berani dan berjuang atas dasar yang betul serta benar, demi agama dan kemanusiaan. Bukan menjadikan pelajar perempuan berusia 17 tahun pakai maskara dan mekap ke sekolah, dapat keputusan gagal 7G1E dan viral dengan video mengutuk guru dan sekolah teruk.

Usia belasan tahun, anak-anak perempuan kita memang perlu diajarkan kejar ilmu dan tahu serta berani mempertahankan diri. Cantik-cantik dalam rumah depan keluarga sahaja yang diperlukan, bukan setiap hari upload gambar selfie jadi InstaFamous buat paid review dan beritahu kepada orang berapa nilai gaji.

Ada sebab kenapa tentera Israel yang boleh tembak mati Ahed ini Allah getarkan hati mereka supaya tidak menembak Ahed membiarkan Ahed hidup hingga ke hari ini, beruntunglah kita jika kita jadi orang yang berfikir…

Dr Syahr Musafir
cc Pn Rahimah AR
30/07/2018 #SaveGaza #FreePalestine #InspirasiDrSyahr #IsuRemaja

Sumber kisah #AhedTamimi daripada laporan-laporan BBC. I have nothing against the twins, the family or the things they do, saya hanya ambil cebisan kisah mereka yang viral sejak mutakhir ini untuk dibuat pedoman oleh KITA.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros