Remaja Perempuan Paling Ramai Lari Dari Rumah – PDRM

Share

 

Angka 3,450 kes remaja melarikan diri dari rumah di Malaysia bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh Ketua Penolong pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asistem Komisioner Siti Kamsiah Hassah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan media di Kosmo! Ahad untuk kes-kes yang dicatatkan dari 1 Januari 2018 hingga 31 Januari 2021.

Lebih membimbangkan apabila 70 peratus ataupun 2,393 kes membabitkan remaja perempuan. Kebanyakan pelaku pula berusia antara 13 hingga 18 tahun. Haihh

..

Sumber Foto Hiasan : pexels.com (Khoa Võ)

Menurut kutipan kes mengikut pecahan negeri pula, beliau kongsikan bahawa Selangor mencatat jumlah kes terrtinggi (530 kes) diikuti Johor (464 kes) dan Sabah (447 kes).

Manakala, Perlis dan Melaka pula mencatatkan jumlah kes terendah; masing-masing dengan 62 kes dan 58 kes.

 

Terlalu Ikutkan Kata Pasangan

Lapor PDRM lagi, antara punca ‘popular’ yang diterima mereka semasa melaporkan kes melarikan diri ini adalah keinginan remaja untuk hidup bebas atau terlalu mengikutkan kehendak pasangan kekasih yang ingin hidup berduaan serta memulakan ‘kehidupan baharu’.

Selebihnya, ada remaja yang nekad melarikan diri daripada terus didera oleh oleh keluarga sendiri, remaja yang ingin hidup berdikari dengan mencari pekerjaan sendiri dan remaja yang enggan tinggal bersama ibu ataupun bapa tiri.

Biarpun pelaku mungkin mempunyai alasan kukuh untuk melarikan diri dari rumah seperti didera, sebagai contoh, keselamatan dan keupayaan mereka untuk hidup berseorangan tanpa bantuan masih mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak.

Oleh sebab itu, PDRM dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan mewujudkan sistem Nur Alert sejak tahun 2007. Inisiatif ini membantu mempercepatkan usaha mengesan mangsa hilang.

Sumber Foto Hiasan : pexels.com (Vladislav Murashko)

Dalam hal ini, tentunya ibu bapa atau para penjaga memainkan peranan utama bagi memastikan jumlah kes remaja lari dari rumah dapat dikurangkan. Begitupun, sebagai remaja, korang harus menyedari tindakan melarikan diri itu mendatangkan bahana dan bukanlah semudah yang kita tonton dalam drama atau filem.

Ya, kadangkala kita ingin mengikut perasaan serta emosi akibat rasa tidak tahan dengan kehidupan sekarang. Namun, tindakan melarikan diri bukanlah solusi yang tepat demi menyelesaikan sebarang masalah.

Malah, ia hanya akan merencatkan zaman remaja korang kerana masa depan selepas melarikan diri tidak dapat dijamin sama sekali.

Mungkin ada yang berjaya untuk berdikari, namun sejumlah besar daripada remaja yang melarikan diri dikhuatiri akan hidup merempat tanpa tujuan.

ARTIKEL BERKAITAN10 Petanda Kamu Sebenarnya Mangsa Penderaan Emosi Dalam Hubungan Toksik – REMAJA

Published by
FZ