Remaja Selamat Dari Jatuh Ketika Lakukan Yoga Di Balkoni Apartment, Alami 110 Masalah Tulang Patah

Share

Malang tidak berbau. Begitulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan, Alexa Terrazas, 23, yang melakukan yoga di balkoni apartmentnya tergelincir daripada tingkat enam selepas melakukan aksi dengan menggunakan ruang balkoni sebagai prop bagi posisi ekstrem senaman yoga tersebut.

Dia tergelincir dan mendarat di luar bangunan apartment di Mexico seperti yang telah dilaporkan oleh El Imparcial.

Pelajar tersebut dibawa ke hospital dan menjalani operasi pembedahan selama 11 jam. Alexa berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami 110 kepatahan tulang daripada keretakan dikedua belah kaki dan lengannya, pinggul serta kepala.

Doktor terpaksa ‘reconstruct’ kaki mangsa dan dilaporkan mungkin mengambil masa selama tiga tahun sebelum dia boleh berjalan semula. Warga net di media sosial turut meminta pertolongan daripada orang ramai untuk membantu menderma darah kepada Alexa.

Uish, korang kalau nak melakukan apa-apa aktiviti sekali pun, tolonglah utamakan keselamatan terlebih dahulu. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri. Silap haribulan, korang juga yang kena tanggung akibatnya.

Nak melakukan aktiviti sihat tu memang bagus, tapi jangan sampai mengorbankan keselamatan diri. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Sumber: 9gag

***

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

Published by
Noor Ain Norman