Remaja Tembak Orang Utan 74 Kali, Hukumannya Hanya Laungkan Azan Sebulan

Share

Tak tahulah berbaloi ke tak hukumannya. Tapi disebabkan pelakunya masih di bawah umur iaitu 16 dan 17 tahun, remaja yang menembak orang utama bernama Hope hingga terdapat 74 butir peluru di seluruh tubuh orang utan itu hanya diperintahkan melaungkan azan Maghrib dan Isyak selama sebulan di kampung mereka tinggal iaitu Desa Bunga Tanjung Kecamatan Sultan Daular, Kota Subulussalam, Sumatera.

Kontroversi hukuman ini menyaksikan netizen seakan tidak berpuas hati kerana keadaan orang utan , Hope cedera parah dan mengalami cacat kekal iaitu buta mata selain beberapa tulang selangkanya patah. Lebih menyedihkan apabila anak orang utan yang bersama ibunya mati apabila gagal diselamatkan.

Keadaan Hope yang kritikal ketika ditemui. Namun kini Hope buta selama-lamanya termasuk ada 74 butir peluru di tubuhnya
74 butir peluru tabur masih kekal di badan Hope

Dalam sidang penghakiman yang dilakukan, hukuman ini dibuat kerana pelakunya masih di bawah umur namun bagi orang ramai hukuman sebegini tidak akan memberi keinsafan buat pelakunya apatah lagi hukuman ini dilihat terlalu ringan.

Dalam kejadian Mac lalu, berita Hope yang ditembak dan dalam tubuhnya bersarang 74 butir peluru mendapat perhatian akhbar The New York Times di Amerika Syarikat di mana begitu ramai yang menzahirkan rasa simpati.

Kekejaman yang berlaku kepada Hope mendapat perhatian

Pengarah Center For Orangutan Protection (COP) Ramadhani berkata, pelaku diserahkan kembali kepada orang tuanya kerana masih di bawah umur. Tapi tindakan mereka memperlakukan Hope dengan kejam adalah sesuatu yang sukar diterima.

Jelas Ramadhani, tindakan menggunakan senapang peluru angin juga adalah satu kesalahan. Malah mereka sepatutnya dibicara mengikut Undang_undang No 5 Tahun 1990 dan jika hanya hukuman mudah itu, seolah-olah Undang-Undang Konservasi SDA tiada,” katanya yang jelas terkilan.

Dalam kejadian lalu, kedua remaja ini dikatakan mahu merampas anak Hope yang masih bayi dan keduanya tidak teragak melepaskan tembakan menggunakan senapang peluru angin. Keadaan Hope ketika dibawa mendapat rawatan amat kritikal namun kini orang utan itu kekal buta selain peluru masih ada ditubuhnya. Sumber : Kompas.com

 

 

IKLAN