Korang ingat lagi tak kisah tragis dan mendebarkan setahun lalu, apabila 12 remaja dan juga pemain bola sepak pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam gua selama 18 hari akibat hujan lebat berterusan sehingga laluan gua dinaiki air.
ARTIKEL BERKAITAN : Pasukan Remaja ‘Gua Tham Luang’ Jadi Tetamu Istimewa Sukan Olimpik Belia
Terperangkap selama 18 hari di dalam gua yang gelap gelita menjadikan kisah mereka sebagai antara kejadian luar biasa dan memberikan inspirasi hebat kepada masyarakat dunia terutamanya golongan remaja. Sikap mereka yang sentiasa positif walaupun berada di dalam situasi yang boleh mengancam nyawa merupakan kini dijadikan inspirasi buat belia di seluruh dunia.
Terkini, salah seorang daripada 12 kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu pada 2018 dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.
Duangpetch yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada Ahad.
BBC melaporkan bahawa remaja itu menyertai akademi bola sepak di United Kingdom dan meninggal dunia di hospital pada Selasa. Bagaimanapun, punca kematian belum diketahui.
Media sebelum ini melaporkan remaja itu mengalami kecederaan di kepala.
Duangpetch, sebelum ini merupakan kapten “Wild Boars”, bersama 11 rakan sepasukan yang lain serta jurulatih mereka terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai selama lebih dua minggu.
Duangpetch mendaftar di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicester akhir tahun lepas selepas mendapat tajaan biasiswa. Sementara itu, Kedutaan British menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan dan keluarga Duangphet.
“Sangat sedih atas kehilangan bakat seperti itu,” menurut kedutaan itu menerusi laman Facebooknya.
BACA LAGI : SERAM! Penampakan “Makhluk Misteri”Di Gua Tham Luang, Thailand Tular Di Media Sosial
Sumber : Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.