Viral baru-baru ini di seluruh dunia apabila seorang remaja 18 tahun dari Arab Saudi menjadi pelarian kerana tidak ingin mengikut budaya warga Arab yang menidakkan banyak hak wanita.

 

Semuanya gara-gara kerana takutkan tindakan keluarga yang dikatakan boleh mengancam nyawanya. Menurut kenyataan Rahaf Mohammed al-Qunun, dia ingin melarikan diri daripada kekangan kekeluargaan yang selalu kita dengari di kalangan masyarakat di negara Arab.

Ini termasuklah peraturan wajib membawa penjaga lelaki jika seorang perempuan ingin mengembara/melancong dan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

 Remaja Viral Kurung Diri Di Bangkok ‘Dijemput’ Masuk Ke Kanada, Gara-Gara Lari Dari Keluarga

Sebagai masyarakat Asia, kita faham peraturan seperti ini sebenarnya agak biasa didengari terutamanya jika ia membabitkan remaja yang masih tinggal bersama keluarga dan berada di bawah penjagaan mereka.

Ads

Namun, Rahaf juga mendakwa keluarganya pernah bertindak kasar kerana dia seorang perempuan.

“Mereka pernah mengunci saya selama 6 bulan selepas saya memotong rambut pendek kerana Islam tak benarkan perempuan menyerupai lelaki. Dan saya juga selalu didera oleh ibu dan abang tanpa belas kasihan.”

Takut nyawanya menjadi ancaman keluarga, netizen mula menyokong tindakan gadis itu untuk lari daripada negara yang sedang dikunjunginya iaitu Kuwait dan terus mengambil penerbangan ke Australia. Kiranya lari dari keluargalah ni.

Ketika sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok pula, Rahaf telah ditahan oleh pegawai imigrasi walaupun mempunyai visa yang sah ke Australia. Ini kerana pihak imigrasi menerima laporan kehilangannya.

Rahaf tahu dia akan dipaksa balik semula kepada pangkuan keluarga dan mengambil tindakan untuk mengurung diri di dalam sebuah bilik hotel. Sambil itu, Rahaf memuat naik Tweet untuk memanggil bantuan.

Ads

Remaja Viral Kurung Diri Di Bangkok ‘Dijemput’ Masuk Ke Kanada, Gara-Gara Lari Dari Keluarga

“Saya dapat jangkakan mereka akan masuk ke dalam bilik ini dan ‘menculik’ saya. Oleh sebab itulah, saya tuliskan sepucuk surat selamat tinggal. Saya lebih rela tamatkan riwayat hidup berbanding dipaksa balik ke Arab Saudi.

“Saya cuma ingin bebaskan diri daripada paksaan keluarga dan depresi, I just want to be independent.”

Kes Rahaf ini mendapat liputan meluas selama 48 JAM sehingga kerajaan Kanada bersetuju memberi jaminan keselamatan dan status pelarian kepada remaja tersebut.

Ads

Menurut Menteri Luar Kanda iaitu Chrustia Freeland, “Rahaf merupakan remaja perempuan yang telah melalui pelbagai isu dan kini dia mempunyai ‘rumah’ baru, iaitu Kanada.” Ini setelah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mendapat mandat daripada Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Remaja Viral Kurung Diri Di Bangkok ‘Dijemput’ Masuk Ke Kanada, Gara-Gara Lari Dari Keluarga

Di Twitter, Rahaf memuat naik sebuah video selepas menjejakkan kaki di sana dan berkata, “Saya sayang Kanada, saya sayang kamu semua.”

Buat sementara waktu ini, Rahaf sedang menetap di kediaman yang dikawal ketat dan disuruh agar tak berkongsi alamat rumah terbarunya.

Hhm, apa pendapat korang? Teruk sangatkah layanan keluarga Rahaf sehingga perlu melarikan diri? Ataupun dia sedang berdepan dengan tekanan usia remaja?

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI