Setelah hampir setahun trend bubble tea berkembang di Malaysia dan menjadi kegilaan, penulis berani katakan hampir semua remaja di sini pernah sekurang-kurangnya mencuba 1 jenama bubble tea.
Untuk kebanyakan dari kita pula, dah menjadi kebiasaan untuk kita pergi cafe hopping dan mencuba beberapa jenis. Itu yang sampai obses dengan bubble tea jadinya!
Dalam tak sedar, sebenarnya banyak duit yang dah dibelanjakan untuk minuman itu. Maklumlah, harga jualannya juga boleh tahan mahal.
Jadi apabila seorang remaja Malaysia bernama Wewwy Lim berkongsi di akaun Facebook-nya mengenai kos pembelian bubble tea dari bulan Januari hingga April tahun ini, dia sebenarnya telah ‘menelan’ sekeping tiket pergi-balik ke Thailand.
Menurut laporan China Press, Wewwy ‘ketagih’ dengan minuman ber-pearl dan mencuba setiap tawaran baru di kedai-kedai berhampiran, sehingga mendapat gelaran ‘Bubble Tea Expert’ oleh kawannya.
Hanya pada akhir Mei lalu, salah seorang kawannya terperasan betapa banyaknya foto bubble tea yang pernah dimuat naik.
Ads
Setelah mengira jumlah foto, mereka mendapati Wewwy sebenarnya boleh membeli tiket penerbangan pergi-balik dengan kos itu.
4 bulan x 8 cawan setiap bulan : 32 cawan
Ads
32 cawan x (RM12 – RM15) : RM384 – RM480
“Saya pernah merancang untuk ke Taiwan. Kalau saya tinggalkan ketagihan bubble tea ini, mungkin saya boleh bercuti ke sana sudah.”
Pada bulan Jun lalu, Wewwy telah hentikan ketagihannya dan memulakan tabung. Akhirnya pada akhir bulan lalu, dia telah berjaya membeli tiket penerbangan ke Taiwan!
*
Now kalau korang nak bercuti, why not korang cut down kos makanan dan minuman kegemaran tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah bayar cash! Mungkin inilah perkataan paling tepat buat seorang lelaki apabila perbuatan zalimnya menggantung seekor kucing hingga mati akhirnya berbalas. Namun kisahnya juga patut dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tentu ramai yang masih ingat dan marah dengan tindakan melampau seorang lelaki yang menggantung seekor kucing hingga mati pada hari raya lalu.
Laporan Harian Metro memaklumkan, perbuatan kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.
“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” rayunya.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.
“Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
“Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari kucing miliknya mati di hadapan rumah selepas diberitahu oleh jirannya.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.
Ibu jiran pengadu kemudian membuka tali rafia itu dan membawa kucing berkenaan ke hadapan rumah pengadu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan.
Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga.
Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.
Pemilik kucing itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak tahu apa motifnya tapi yang jelas pasti kandungan dalam akaun mariam.hadid1 di platform Tiktok ini merupakan satu provokasi yang melampau. Secara terang-terangan wanita tersebut kongsi video yang sememangnya menghina seluruh umat Islam.
Jelas dalam beberapa video yang dikongsi, wanita yang dikenali sebagai Mariam Hadid ini ada memuat naik menunjukkan dirinya sedang ajuk solat sambil memakai kostum yang seksi.
Mengaku sebagai Nabi wanita pertama
Tidak cukup dengan itu, Mariam turut menggelarkan dirinya sebagai ‘Nabi wanita pertama’ selain mempersendakan agama dengan memakai kostum ‘Spiderman’ sambil solat dan pegang AL-Quran di atas sejadah.
Mohon ramai report akaun ini!
Lantas, netizen Malaysia khususnya yang beragama Islam diseru, untuk mempertahankan agama dengan melaporkan satu akaun TikTok yang dibuat dengan tujuan menghina agama yang kita sayangi.
Perkongsian itu rata-rata menerima pelbagai reaksi di mana ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat individu tergamak menghina kesucian agama dan mereka terus bertindak membuat laporan kepada TikTok.
Tinjuan penulis ketika ini akaun tersebut masih aktif tanapa sebarang tindakan dari pihak TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahun lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.
Ya hari ini 29 Februari 2024! Maknanya tahun 2028 baru kita kan berjumpa lagi dengan tarikh keramat ini. Perghhh lama lagi tu!
So, hari ni REMAJA nak share dengan korang apa yang menarik tentang tahun lompat ni:
1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’
Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini. Malah, dianggarkan orang yang lahir 29 Februari ni hanya satu dalam 1500 orang.
2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain.
Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.
Di Hong Kong, orang yang lahir 29 Haribulan akan sambut pada 1 Mac. Tapi di New Zealand mereka akan menyambut pada 28 Februari. Jadi, kalau korang yang lahir 29 Februari, boleh lah terbang ke kedua-dua negara pada tarikh tersebut untuk sambut birthday dua kali.
3. Lebih Disayangi
Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian.
4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb
Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.
5. Tahun Katak
Disebabkan 29 Februari dikenali sebagai tahun lompat, jadi katak merupakan binatang paling signifikan untuk tarikh tersebut.
*
Sekadar info, Bumi mengambil masa selama 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat untuk melengkapkan putarannya mengelilingi matahari. Disebabkan kelebihan jam ini, maka satu hari tambahan diberi pada bulan Februari untuk setiap 4 tahun, maka terhasilkan tahun lompat dan 29 Februari.
Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari, REMAJA ucapkan Happy Birthday!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...