Remaja Yang Lahir Pada 4 Bulan Ini Dikatakan Tak Suka Tangguh Kerja, Korang Ke?

Share

 

Disclaimer: Perasaan nak rajinkan diri itu adalah sesuatu yang dipupuk dalam diri dan bukan wujud sebaik saja kita dilahirkan. Punctuality is made, not born with.

Tetapi mengikut kajian saintifik yang dilaporkan baru-baru ini, sesetengah daripada kita memang mempunyai kelebihan untuk mengatur jadual masa dengan cekap. Di samping itu, golongan ini juga dikatakan tidak suka menangguh kerja kerana sememangnya sifat mereka sudah dilahirkan begitu.

Cuba tengok kalau korang pun tergolong. Kalau tak ada tu, minta maaf bebanyak ya! Hehe..

 

Januari

Eddie Redmayne, 6 Januari 1982

January babies adalah orang yang gemar bekerja keras lebih berbanding daripada orang lain. Disebabkan sikap inilah, ramai di kalangan mereka yang sering dipilih sebagai ketua.

Selain ‘terbiasa’ berdisplin ketika melakukan tugasan dan menentukan jadual harian, mereka juga tidak gentar untuk ke hadapan demi mencapai kejayaan. Kalau diminta untuk menawar diri, mereka adalah antara orang pertama yang akan mengangkat tangan, gitu!

Betul ke?

 

Julai

Lindsay Lohan, 2 Julai 1986

July babies sering disebut sebagai remaja berdisplin. Mengapa? Mereka ini sudah terbiasa mengakui kesalahan sendiri jika terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Selepas itu, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk bangkit daripada kesalahan tersebut.

Disebabkan sifat ‘suka belajar daripada kesilapan lampau’ ini, July babies akan lebih berhati-hati selepas itu dan tidak mahu mengulang ia kembali. Lantas mereka tidak suka untuk menangguh kerja selepas itu.

 

September

Zendaya, 1 September 1996

September babies mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing tanpa diberitahu oleh orang lain. Itulah yang membuatkan mereka cepat berusaha demi tidak menempah kegagalan dalam hidup.

Walaupun mereka kadangkala dilanda rasa malas, tetapi disebabkan mereka suka mencatatkan reminder notes, mereka akan pantas get back on track.

 

November

Emma Stone, 6 November 1988

November babies adalah antara orang yang fokus tak ingat dunia! Hehe..

Seriously, korang mempunyai visi untuk siapkan kerja tanpa kisahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Apabila diberikan tugas, korang ada kebolehan untuk block segalanya sehinggalah tugas itu berjaya disiapkan.

Kalau mereka ini menjadi bos pada satu hari nanti, matilah nak..

 

Apa pendapat korang, tepat tak kajian ini?

 

 

Published by
FZ