Pastinya ramai orang boleh relate dengan situasi kabel USB telefon hilang kan? Waktu memerlukannya untuk memindah fail, gambar dan video ke komputer, ‘dia’ buat hal pula dan menghilang.
Kabel ni berkaki kot, haihh..
Sebenarnya, bukan masalah hilang saja yang selalu kita hadapi. Kebergantungan kepada kabel USB sebenarnya agak memakan masa kerana perlu menunggu. Apabila kabel semakin longgar setelah lama digunakan, timbul pula masalah tidak dapat ‘detect’.
Memang potong stim pengguna seperti kita.
Justeru, apabila HUAWEI memperkenalkan teknologi Huawei Share yang membolehkan kita memindahkan bahan dengan mudah di mana saja, we cannot help but to yelp a little. Yay!
Huawei Share bukan saja memudahkan pemindahan fail seperti audio (Audio Sharing), video, foto dan phone connection di antara telefon pintar HUAWEI tetapi juga menyediakan interaksi mod bernama OneHop di antara telefon dan peranti pintar lain.
Apa yang kita perlu lakukan hanyalah tap pada butang NFC-enabled phone di Huawei Share pada bahagian bawah kanan pada komputer dan ia terus dihubungkan dengan telefon pintar.
Lebih baik lagi jika telefon pintar HUAWEI korang menggunakan versi EMUI 10.0. Dengan cara ini, korang boleh mengaktifkan fungsi Multi-screen yang diperkenalkan di Huawei Share.
Antara kelebihannya adalah kita boleh menghubungkan komputer dan telefon pinter dengan papan kekunci dan tetikus. Tap-kan saja telefon pintar pada komputer ataupun tablet, haa terus connected!
Bukan itu saja, fungsi One Tap ini juga berkesan untuk memainkan lagu kegemaran dari telefon ke Sound X speaker. Ini yang dimaksudkan dengan Audio Sharing tadi.
Gamers, listen up. REMAJA merasakan fungsi OneTap ini pasti akan digemari dan dihargai oleh korang semua hehe .
Huawei Share turut menyediakan kelebihan One Tap Network Connection sebelum korang mulakan battle pada skrin yang lebih besar. Tap-kan saja telefon pintar pada remote control TV pintar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas dan menghiburkan.
Huawei Share juga amat berfungsi untuk kehidupan harian korang sewaktu ingin keluar dari rumah di mana ia boleh menggantikan fungsi kunci kereta.
Lets face it, telefon pintar pastinya berada di tapak tangan korang kan semasa di pintu rumah. Gunakannya untuk membuka pintu kereta. Dengan cara ini, rutin harian menjadi semudah satu tap saja.
Oh! Sebelum kami terlupa, HUAWEI turut memperkenalkan widget yang dinamakan sebagai Petal Search Widget menerusi model HUAWEI P40 Pro+ ini. Widget ini didatangkan bersama sebagai kotak carian baru korang apabila ingin mencari aplikasi, kandungan dan berita terbaru.
Direka sendiri oleh team HUAWEI, Petal Search Widget digunakan dengan 3 langkah mudah ini:
Langkah 1
Setelah diset, klik saja pada Find Apps pada homescreen .
Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan aplikasi popular untuk korang muat turun. Taipkan saja nama aplikasi yang dicari pada kotak carian.
Langkah 3
Petal Search Widget – Find Apps akan menyenaraikan aplikasi terbaik mengikut citarasa korang. Terdapat juga cadangan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery.
Haa menarik kan. Mungkin sekali model HUAWEI P40 Pro+ ini adalah telefon pintar paling bersesuaian dengan korang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Huawei Together 2020, korang boleh layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/. Dengan adanya One Tap Connectivity, semuanya senang!
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Excited Ambil Foto, Video & Lakukan Video Calls? Huawei Jawapannya